UCL: Real Madrid Benam Dortmund, Monaco Tewas, Aboubakar Jadi Hero Porto!

Kumpulan H: Real Madrid cemerlang lepasi cabaran Dortmund

Perlawanan di antara Dortmund dan Real Madrid antara yang paling menarik. Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

16 percubaan gol dilakukan masing-masing menjadikan perlawanan ini bertempo sangat tinggi.

Gareth Bale meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit ke-18. Ianya satu penyudah dengan voli yang sangat cantik selepas hantaran bijak daripada Carvajal.

Ronaldo kemudiannya meletakkan Real Madrid 2 gol di hadapan dengan gol pada minit ke-49 selepas menerima hantaran cantik daripada Bale. 5 minit selepas itu, Aubameyang merapatkan kedudukan.

Namun Ronaldo memastikan Los Blancos menang bergaya 1-3 dengan jaringan ke-3 minit ke-79 selepas umpanan daripada Luka Modric. Ronaldo terus unggul sebagai penyerang paling prolifik di Eropah.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, Spurs juga menang di tempat lawan ke atas APOEL dengan keputusan 3 gol. Harry Kane menjaringkan hatrik pertama beliau di UCL.

Spurs berada di tangga teratas kumpulan H diikuti Real Madrid dan APOEL.

Kumpulan G: Monaco tewas, Besiktas kejutkan Leipzig

As Monaco terus bergelut dengan prestasi mereka musim ini. Kali ini mereka tewas 0-3 di halaman sendiri kepada Porto.

AS Monaco hanya mampu melakukan percubaan gol sepanjang perlawanan ini. Jelas sekali mereka merindui pemain seperti Kylian Mbappe. FC Porto hanya memiliki 40% penguasaan bola dan 6 percubaan ke arah gol.

Namun mereka menemui jaring sebanyak 3 kali hasil jaringan 2 gol daripada Aboubakar yang sebelum ini dicemuh penyokong kerana masuk ke bilik persalinan Besiktas. 1 lagi gol adalah menerusi Layun.

Ryan Babel sebelum ini terpaksa menjelaskan keadaan selepas ramai penyokong Porto menuduh Aboubakar gembira meraikan kekalahan pasukan Porto bersama-sama bekas pasukan lama beliau.

Babel pula menyatakan pemain itu hanya datang memberitahu dia merindui rakan-rakan lama beliau.

Sementara itu kelab Turki, Besiktas mengejutkan RB Leizig dengan kemenangan 2-0. Ryan Babel dan Talisca menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN