Liverpool musim ini kalah kesemua perlawanan mereka di tempat lawan untuk kempen UCL. Dan yang pastinya memberikan kesan adalah kekalahan di tangan Red Star Belgrade sebelum ini.
Dalam aksi di kota Paris, anak-anak buah Jurgen Klopp ditewaskan oleh PSG. 2 gol PSG adalah menerusi Juan Bernat dan Neymar. Sementara gol tunggal Liverpool menerusi James Milner daripada penalti minit akhir. Kesemua gol adalah pada separuh masa pertama.
Liverpool pastinya berterima kasih kepada Alisson yang cemerlang menafikan banyak percubaan bahaya dalam perlawanan ini. Jika tidak, mereka akan bolos lebih banyak.
PSG terlalu sukar digugat oleh Liverpool dalam perlawanan ini. Mereka memulakan perlawanan dengan dominan dan intensif. Selepas mendahului dengan 1 gol PSG mengurangkan intensiti tekanan mereka dan cuba menyerang balas Liverpool.
Taktikal itu agak berkesan cuma beberapa percubaan mereka gagal disudahkan. Pada separuh masa kedua, PSG fokus kepada pertahanan mereka. Ternyata gandingan Kimpembe dan Thiago Silva terlalu ampuh untuk diatasi oleh Liverpool.
https://twitter.com/Squawka/status/1067902105321709576
Liverpool berhadapan dengan masalah untuk memenangi pertarungan di tengah. Henderson-Wijnaldum-Milner gagal membentuk gandingan yang lebih baik. Sementara itu, PSG memiliki gandingan tengah yang lebih baik diketuai Marco Verratti.
Kekalahan ini meletakkan Liverpool di tangga ke-3. Dibezakan 3 mata dari Napoli dan 1 mata daripada PSG. Dalam satu lagi perlawanan Napoli menang 3-1 ke atas Red Star Belgrade.
https://twitter.com/brlive/status/1067909120815177728
Misi wajin menang untuk Liverpool kerana mereka perlu menang ke atas Napoli dengan perbezaan jaringan lebih baik serta rekod ‘head-to-head’ antara yang diambil kira.
Ini adalah sifir untuk Liverpool dalam perlawanan terakhir nanti:
*Deep breath, Liverpool fans, here's what needs to happen*
IF: Liverpool beat Napoli at Anfield 1-0 they go THROUGH ✅
IF: Liverpool win 2-1 they go OUT on the away goals rule ❌
IF: Liverpool win by two or more goals they are THROUGH ✅
It's not over yet! pic.twitter.com/lCQBJ5C563
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 28, 2018