UCL: Porto ‘Lembik’ Dikerjakan, Liverpool Terus Unggul Di Pentas Eropah

Liverpool UCL Porto

Dua gol masing-masing dari Mohamed Salah dan Roberto Firmino memberikan Liverpool kemenangan besar 5-1 ke atas Porto dalam aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Estadio do Dragao itu, skuad The Reds ternyata lebih unggul dari segenap sudut untuk menguasai perlawanan dan turut ‘dibantu’ oleh aksi buruk penjaga gol tuan rumah, Diogo Costa.

Liverpool mendahului seawal minit ke-18 menerusi Salah yang mudah menolak masuk bola muntah selepas percubaan Curtis Jones ditepis penjaga gol dan gagal dikeluarkan oleh pertahanan pasukan tuan rumah.

Pada penghujung separuh masa pertama, kesilapan Diogo Costa mengakibatkan pasukannya dibolosi sekali lagi apabila gagal mengagak hantaran lintang James Milner dengan tepat dan giliran Sadio Mane pula untuk membuat satu tolakan bagi menghasilkan gol.

Curtis Jones terus menjadi duri dalam daging buat Porto apabila berjaya merampas bola dan mengkucar-kacirkan barisan pertahanan sebelum membuat hantaran kepada Salah yang meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-60.

Ketinggalan tiga gol, Porto enggan mengaku kalah terlalu awal dan berjaya mengurangkan defisit jaringan dengan tandukan terbang penyerang Iran, Mehdi Taremi ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Tetapi hanya dua minit berselang, Roberto Firmino yang masuk menggantikan Salah membuktikan bisanya masih belum pudar dengan jaringan keempat Liverpool menerusi satu percubaan jarak jauh selepas melihat penjaga gol lawan jauh meninggalkan posisinya.

Meskipun Diogo Costa dilihat sempat berlari dan mengeluarkan bola dari dalam gawangnya, namun teknologi garisan gol mengesahkan gol keempat pasukan pelawat.

Liverpool melengkapkan ‘kendurinya’ dengan gol kelima pada minit ke-81 apabila percubaan dari luar kotak penalti Curtis Jones terkena pemain pertahanan sebelum disudahkan dengan sempurna oleh Firmino.

Meskipun tidak mencetak sebarang jaringan, namun Curtis Jones dipilih sebagai pemain terbaik jaringan selepas mempamerkan aksi luar biasa yang turut mendapat pujian Klopp.

Ketiadaan kapten, Pepe yang mengalami kecederaan ketika sesi pemanasan badan ternyata membuatkan barisan pertahanan Porto huru-hara sepanjang perlawanan.

Kemenangan kedua The Reds di peringkat kumpulan B itu meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp tersebut kini mengungguli carta kumpulan dengan enam mata, dua mata mengatasi pencabar terdekat Atletico Madrid bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN