UCL: Manchester City Dan Spurs Menang Di Tempat Lawan, Liverpool Diikat Sevilla

3 lagi pasukan England turun dalam perlawanan pembukaan UCL awal pagi tadi selepas Chelsea dan Mancheser United turun semalam.

Kumpulan E

Liverpool menjadi satu-satunya pasukan dari England yang gagal untuk menang perlawanan pertama UCL 2017/18 selepas mensia-siakan peluang untuk menang di gelanggang sendiri.

Liverpool melepaskan gol awal pada minit ke-5 selepas Ben Yedder menyempurnakan gol terbuka. Namun Liverpool membalas dengan 2 gol menerusi Roberto Firmino dan Mohamed Salah.

Salah satu ‘turning point’ di dalam perlawanan ini adalah kegagalan Firmino menyempurnakan sepakan penalti.

Kemasukan Luis Muriel memberikan permainan berbeza untuk Sevilla apabila pemain itu menjadi nadi Sevilla untuk merencana gol penyamaan menerusi Joaquin Correa pada minit ke-72.

Liverpool ternyata agak membazir peluang gol. 24 cubaan gol dilakukan mereka berbanding dengan 7 sahaja oleh Sevilla.

Philiipe Coutinho membuat penampilan sulung beliau untuk Liverpool musim ini. Sevilla berada di tangga teratas diikuti oleh Liverpool selepas perlawanan Maribor vs Spartak juga seri dengan jaringan 1-1.

Kumpulan F

Manchester City menang mudah ke atas Feyenoord di tempat lawan dan 4 gol tanpa balas. City menjaringkan 2 gol dalam 10 minit awal menerusi John Stones dan Aguero.

Gabriel Jesus memeastikan Citizen menuju rehat dengan 3 gol tanpa balas. Bersambung babak kedua, John Stones sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-63 untuk memastikan 3 mata pertama di dalam genggaman City.

City ternyata dalam mood terbaik. 9 gol daripada 2 perlawanan dihasilkan oleh mereka setakat ini dan tanpa melepaskan sebarang bolos.

City mendahului kumpulan F dengan perbezaan jaringan 4 gol. Dalam satu lagi perlawanan kumpulan F, Shaktar Donestk mengejutkan Napoli dengan kemenangan 2-1.

Kumpulan H

Spurs bertandang ke Signal Iduna Park menentang Dortmund. Sekali lagi mereka membuktikan tempat lawan lebih indah berbanding dengan Wembley dengan kemenangan 1-3.

Son Heung Min membuka tirai perlawanan dengan gol pada minit ke-4. Yarmolenko menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran daripada Shinji Kagawa pada minit ke-11.

Eric Dier meletakkan Spurs kembali di hadapan pada minit ke-15. Bersambung babak kedua, Harry Kane memastikan Spurs selesa mendahului dengan 3-1. Spurs berada di tangga ke-2 di belakang Real Madrid yang menang 3-0 ke atas Apoel.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN