UCL: Man Utd Tenang Muncul Juara Kumpulan Dan Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Dua gol pada babak kedua perlawanan oleh Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho sudah cukup untuk memastikan Manchester United menang 2-0 ke atas Villareal pada awal pagi tadi.

Keputusan tersebut sekaligus memastikan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati pertandingan bola sepak eropah elit itu.

Walaupun berbaki satu perlawanan lagi, rekod dua perlawanan menentang Villareal bermakna Manchester United mempunyai kelebihan – walaupun sekiranya tewas dan Villareal menang perlawanan terakhir selepas ini.

Sebelum perlawanan United sedar hanya kemenangan akan memastikan kemaraan ke peringkat seterusnya. Beraksi di tempat lawan, dan merupakan perlawanan pertama Michael Carrick sebagai pengurus interim, United seperti ketandusan idea di bahagian serangan di Estadio de la Ceramica.

Malah pasukan tuan rumah sebenarnya mempunyai lebih banyak peluang, dan sekali lagi David de Gea terpaksa menampilkan beberapa aksi menyelamat luar biasa untuk memastikan United terus bersaing. Aksi De Gea yang paling menarik perhatian sudah tentu adalah ketika menafikan Mani Trigueros.

Gol oleh Manchester United pula datang secara tiba-tiba berpunca daripada hantaran lemah penjaga gol Villareal, Geronimo Rulli yang gagal dikawal baik oleh Etience Capoue. Situasi tersebut membenarkan Cristiano Ronaldo mencuri bola sebelum menolak masuk menewaskan Rulli yang tercengang untuk gol pendahuluan Manchester United pada minit ke-78 perlawanan.

Kebanyakkan jaringan oleh Ronaldo dianggap amat penting untuk survival Manchester United di Eropah pada musim ini.

Beliau turut menjaringkan gol kemenangan minit akhir menentang Atalanta dan Villareal dalam perlawanan pusingan pertama, dan merupakan penjaring gol penyamaan minit akhir menentang Atalanta sebelum ini.

Ronaldo turut memainkan peranan penting untuk gol kedua United, apabila hantaran beliau menemui Bruno Fernandes. Rakan senegaranya itu kemudian melakukan assist untuk Jadon Sancho sekaligus memastikan kemenangan milik Manchester United secara mutlak.

Secara keseluruhan prestas Manchester United menentang Villareal dianggap mengecewakan dan berada di bawah tahap sepatutnya. Tetapi mereka berjaya menyelesaikan tugasan diberi untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan F dengan 10 mata.

“Ia [kemenangan] amat penting untuk menyelamatkan musim kami,” kata Harry Maguire kepada BT Sport.

“Sejak beberapa bulan kami tidak menampilkan aksi di tahap sepatutnya. Kami perlukan keputusan ini untuk menyelamatkan musim ini, dan juga untuk penyokong. Kami sedar berapa sukarnya untuk mereka sejak beberapa minggu yang lalu. Kami harus memastikan ini hanyalah permulaan.”

Tidak banyak boleh diperkatakan mengenai aksi sepanjang 90 minit perlawanan. Tandukan Ronaldo yang terus menuju ke arah penjaga gol adalah satu-satunya percubaan tepat oleh United pada babak pertama perlawanan. De Gea pula terpaksa melakukan dua aksi menyelamat untuk menafikan Trigueros dan Yeremi Pino.

Tatkala Manchester United memilih untuk bertahan, Trigueros sekali lagi menguji De Gea pada babak kedua, dan pada ketika itu pasukan tuan rumah sedar mereka mampu memperolehi sesuatu dari lawan mereka yang bermasalah dan bermoral rendah itu.

Manchester United terpaksa menunggu sehingga minit ke-72 untuk benar-benar melakukan gerakan menyerang, dan percubaan Sancho diselamatkan. Segalanya berubah apabila kesilapan dilakukan  oleh penjaga gol Villareal.

“Perkara sama seperti di Old Trafford,” kara Trigueros. “Penjaga gol mereka sekali lagi beraksi dengan baik sekali.

“Mereka memiliki ramai pemain berkualiti, dan jika anda menghadiahkan mereka dengan kesilapan, maka anda akan dihukum. Ronaldo menghasilkan jaringan daripada situasi yang tidak bahaya, dan kami menjadikannya mudah untuk beliau. Kami beraksi dengan baik, tetapi sekali lagi kami kalah.”

Perlawanan menentang Villareal ini juga digunakan oleh Sancho untuk menjaringkan gol pertama beliau untuk Manchester United dalam semua pertandingan dengan rembatan deras untuk kemenangan terpenting Manchester United pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN