UCL: Lukaku Bantu United Menang, Batshuayi Jaring Gol Kemenangan Masa Kecederaan

Kumpulan A: Manchester United menang bergaya

Manchester United berkunjung ke VEB Arena, stadium yang memberikan mereka kejuaraan UCL terakhir mereka pada 2008.

Romelu Lukaku terus cemerlang dengan rekod jaringan beliau bersama United. Lukaku menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini untuk membantu United mengutip mata penuh daripada 2 perlawanan.

United memiliki rekod merisaukan di gelanggang lawan dengan hanya menang 1 daripada 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dalam kempen UCL.

Lukaku membuka tirai jaringan yang mirip dengan gol beliau ketika menentang Southampton tempoh hari. Lukaku menerima hantaran daripada Martial.

Martial kemudian cemerlang dengan menjaringkan gol daripada titik penalti. Lukaku menjaringkan gol ke-3 United untuk melangkah ke bilik persalinan dengan selesa.

Mkhitaryan menjaringkan gol ke-4, kira-kira 12 minit perlawanan bersambung dan Kuchaev menjaringkan gol sagu hati lewat untuk pasukan tuan rumah.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan ini, Basel mengejutkan Benfica dengan pesta gol 5-0. Ia adalah kemenangan terbesar di dalam sejarah Basel dalam UCL.

Kumpulan C: Batshuayi bantu Chelsea benam Atletico

Chelsea hampir menyalahkan diri sendiri selepas kesilapan tidak sepatutnya oleh Luiz menghadiahkan Atletico sepakan penalti yang disempurnakan Griezmann.

Chelsea jelas sekali pasukan yang lebih baik sehinggalah mereka melepaskan penalti tersebut. Gol itu menjadikan Griezmann sekali lagi berjaya menjadi penjaring gol sulung di Stadium Wanda Metropolitano.

Kali ini dalam kejohanan Eropah. Sebelum ini beliau menjadi pemain pertama menjaringkan gol di stadium baru ini dalam La Liga.

Eden Hazard dan Morata cemerlang bergandingan dalam sistem 3-4-1-2. Hazard juga hampir menjaringkan gol di dalam perlawanan ini dengan percubaan yang terbias di kaki pertahanan Atletico dan terkena tiang.

Alvaro Morata menjaringkan gol penyamaan untuk Chelsea selepas menerima hantaran cantik Eden Hazard.

Selepas itu perlawanan agak seimbang dan kedua-dua pasukan bertahan dengan baik. Pada masa yang sama mereka juga melakukan ancaman-ancaman ke kubu lawan.

Namun begitu, ketika perlawanan seakan-akan seri, pemain gantian, Michy Batshuayi memberikan keceriaan kepada Chelsea dengan gol kemenangan di masa kecederaan.

Perlawanan bearkhir 1-2 dan Chelsea kekal di tangga teratas kumpulan. Diego Simeone gagal meneruskan rekod tanpa kalah menentang pasukan lawan dari England.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan C, Roma menang tipis 1-2 ke atas Qarabag. Kostas Manolas dan Edin Dzeko berada dalam senarai penjaring.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN