UCL: Lonjakan Ronaldo Pacu Kebangkitan Luar Biasa Man United Atasi Atalanta

Manchester United Atalanta UCL

Manchester United menampilkan semangat juang luar biasa untuk bangkit dari ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama sebelum menang 3-2 ke atas Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Old Trafford.

Cristiano Ronaldo muncul wira The Red Devils dengan gol kemenangan menerusi tandukan pada penghujung perlawanan untuk memberikan kemenangan kedua skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tersebut dalam aksi peringkat kumpulan.

Aksi lesu pada awal babak pertama membuatkan United seakan-akan mudah dimanipulasi oleh Atalanta sehingga mereka ketinggalan seawal minit ke-15 selepas Mario Pasalic menyudahkan hantaran lintang Davide Zappacosta.

Pemain pertahanan Turki, Merih Demiral melebarkan kelebihan buat pasukan pelawat pada minit ke-29 hasil gol tandukan dari sepakan penjuru.

Tersentak dengan dua gol, United kembali memperkemaskan corak permainannya dan berhasil mendapat dua peluang keemasan menerusi Fred dan Rashford pada penhujung separuh masa pertama, namun kedua-dua percubaan gagal menemui sasaran.

Kebangkitan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bermula lapan minit selepas waktu rehat selepas Marcus Rashford yang menerima umpanan cantik Bruno Fernandes menewaskan Juan Musso dengan satu rembatan leret yang membangkitkan suasana gamat di stadium.

Harry Maguire menjadikan kedudukan terikat 2-2 pada minit ke-75 dengan Fernandes sekali lagi mencipta gol menerusi satu hantaran lintang yang disudahkan dengan sempurna oleh kapten United itu.

Sembilan minit sebelum tamat masa perlawanan, tandukan Ronaldo hasil dari hantaran lintang Luke Shaw mengesahkan kemenangan United untuk meletakkan pasukan berkenaan mendahului kumpulan F dengan mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN