UCL: Lampard Yakin Chelsea Boleh Bangkit Kalahkan Real Madrid

Frank Lampard

Pengendali sementara Chelsea, Frank Lampard berasakan yang dirinya masih lagi optimis dengan peluang yang ada untuk pasukannya menjelang aksi timbal balik suku akhir UEFA Champions League bertemu Real Madrid.

Tewas kepada gergasi Sepanyol itu dengan jaringan 0-2 di laman lawan, skuad Lampard kalah hasil jaringan Karim Benzema dan juga Marco Asensio untuk membolehkan Real kini selangkah ke separuh akhir.

Walaupun cabaran yang menanti amatlah berat untuk didukung oleh Lampard, namun beliau berasakan ianya mampu dihadapi terutamanya apabila beraksi di Stamford Bridge.

Menurut legenda Chelsea itu, gelanggang itu mempunyai magisnya yang tersendiri lantas boleh menghasilkan kejayaan yang amat didambakan The Blues.

Namun ianya terserah kepada kemampuan dan kemahuan pemain-pemain beliau sendiri sama ada mahu cuba mempamerkan persembahan yang begitu hebat atau tidak.

“Pintu kini terbuka dan ianya terpulang kepada kami sama ada hendak menendang buka pintu tersebut atau tidak.

“Terdapat kekurangan dalam kepercayaan diri. Para pemain tidak tahu betapa bagusnya mereka. Minggu depan [timbal balik] akan menjadi perlawanan yang cukup besar,” kata Lampard menerusi Daily Mail.

Bagi pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti pula, walaupun menang dalam perlawanan pertama bukanlah petanda pasukannya boleh mula berangan ke separuh akhir.

“Saya sangat gembira [dengan keputusan] namun kami perlu jadi tenang kerana ada 90 minit lagi dan dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Kami tahu yang kami perlu menderita lagi kerana Chelsea adalah pasukan yang sangat bagus dengan ramai pemain yang elok. Mereka pastinya akan berikan segalanya pada minggu depan,” ujar Ancelotti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN