UCL: Javier Zanetti Harap Inter Tak Jumpa Real Madrid Di Perlawanan Akhir

Javier Zanetti

Legenda Inter Milan, Javier Zanetti berharap yang pasukannya tidak akan bertemu Real Madrid pada aksi akhir UEFA Champions League (UCL) musim ini.

Inter dengan penuh bergaya kembali ke perlawanan akhir kejohanan Eropah itu selepas membenam cabaran jiran setempat iaitu AC Milan dengan kemenangan agregat 3-0.

Jaringan oleh Lautaro Martinez dalam aksi kedua sudah cukup untuk membawa Inter ke perlawanan akhir dan peluang untuk mereka meraih kejuaraan Eropah yang pertama selepas kejayaan 2010.

Namun begitu, lawan yang bakal menanti mereka bukannya mudah. Hal ini kerana, mereka berpotensi berdepan dengan bakal juara Premier League iaitu Manchester City atau penyandang kejuaraan iaitu Real.

Akan tetapi, jika dipilih antara dua Zanetti lebih mahu berdepan City kerana gerun berdepan dengan Real.

Pada hemat Zanetti, UCL ini seolah-olah diadakan untuk mengangkat kehebatan Real.

“Saya kalau boleh nak elak daripada berjumpa dengan Real Madrid kerana pertandingan ini seolah-oleh direka untuk mereka.”

Walaupun bakal berdepan cabaran sukar di perlawanan akhir, Zanetti berharap pasukannya yang ditunjangi Martinez boleh mengulangi kejayaan 2010.

“Menentang musuh setempat di perlawanan separuh akhir memang sukar, saya pernah laluinya sebagai pemain yang kalah dalam aksi tersebut.

“Untuk Lautaro pula saya amat gembira untuk dia. Perjalanan kariernya amat luar biasa dan terus meningkat dari tahun ke tahun.

“Saya harap beliau akan kekal lama dengan kami di sini. Beliau amat gembira di sini dan menjadi watak penting kepada pasukan kami,” kata Zanetti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN