Olivier Giroud menjaringkan hatrik sempurna dalam kemenangan 5-0 Chelsea ke atas Dynamo Kyiv di Ukraine. Chelsea memiliki kelebihan 3 gol daripada perlawanan pertama.
Hatrik sempurna adalah istilah untuk hatrik yang dilakukan dengan tandukan, kaki kanan dan kaki kiri.
Maurizzio Sarri dan Chelsea antara pasukan pilihan untuk memenangi UEL musim ini. Sarri masih belum ada sebarang trofi dalam karier pengurusan. Namun Sarri kalau boleh tidak mahu bertemu Napoli di suku akhir.
Sarri berkata: “Saya mahu jumpa Napoli final. Pertama sekali, saya gembira jika kami ke final. Dan yang keduanya, saya juga akan gembira jika Napoli juga berada di final.”
“Kamu semua kan tahu hubungan istimewa saya dengan bandar dan orang di sana. Jadi bagi saya, sangat sukar untuk saya datang ke Naples – membawa pasukan ini bermain menentang Napoli.”
Aksi cemerlang Giroud
Giroud memulakan malam cemerlang beliau dengan menanduk masuk sepakan penjuru Willian pada minit ke-5.
Dan pada minit ke-33, Giroud menyempurnakan hantaran Marcos Alonso.
Sebelum wisel rehat Marcos Alonso menambah satu lagi gol untuk pasukan pelawat selepas menerima hantaran Callum Hudson Odoi.
Giroud menyempurnakan hatrik beliau pada minit ke-59. Ianya jaringan ke-9 Giroud di pentas Eropah bersama dengan Chelsea musim ini.
Heading in a PERFECT hat-trick! 👌
Right foot, left foot and a header from @_OlivierGiroud_ tonight! 🔥#DYNCHE pic.twitter.com/YxAGsveIY2
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 14, 2019
Giroud juga memiliki rekod cemerlang melakukan gol atau bantuan gol dalam 7 perlawanan Eropah terakhir Chelsea.
Olivier Giroud has now scored or assisted in each of his last seven #UEL games:
⚽️ vs. BATE
⚽️⚽️ vs. PAOK
⚽️ vs. Vidi
⚽️ vs. Malmo
⚽️ vs. Malmo
🅰️ vs. Dynamo
⚽️ vs. DynamoThursday night lights. pic.twitter.com/hQfk4wZbaz
— Coral (@Coral) March 14, 2019
Ini juga merupakan hatrik kedua Giroud di pentas Eropah selepas kali pertama melakukannya ketika bersama Arsenal pada 2015 ketika menentang Olympiakos.
Callum Hudson Odoi menjaringkan gol ke-5 The Blues. Chelsea menang secara agregate 8-0 ke atas Kyiv.
Chelsea menamatkan malam cemerlang mereka dengan aksi dominan. Menguasai lebih 63% perlawanan. Chelsea juga sangat klinikal di hadapan gol dengan menyempurnakan 5 daripada 8 percubaan tepat mereka ke arah pintu gol Dynamo Kyiv.