UCL: Haaland Musnahkan Sevilla Sebelum Cetus Kontroversi ‘Menganjing’ Lawan

Erling Haaland memusnahkan Sevilla di kedua-dua perlawanan timbal balik, menjaringkan dua gol pada awal pagi tadi untuk memastikan Borussia Dortmund mara ke suku akhir Champions League musim ini.

Penyerang dari Norway ini seperti kebiasaan menampilkan sentuhan berbisanya. Namun kali ini ia disulami dengan sedikit kontroversi apabila penyerang muda sensasi ini turut melakukan provokasi terhadap lawan tatkala kemaraan sudah dipastikan.

Apa yang dilakukan oleh Haaland ini sebenarnya tidak diperlukan menyebabkan perlakuannya itu dipersoal dan dibidas ramai.

Suso memperolehi peluang awal untuk meletakkan Sevilla di hadapan seawal minit ke-17 dalam perlawanan ini. Jika peluang itu dimanfaatkan, jalan cerita perlawanan ini mungkin akan tampil berlainan.

Haaland menjaringkan gol ke-20 dari 14 perlawanan Champions League membuatkan nilai pemain ini semakin berharga selepas setiap perlawanan yang dilalui. Situasi ini pasti membuatkan ejen beliau, Mino Raiola tersenyum lebar.

Insiden melibatkan Haaland tiba selepas beliau meletakkan bola di hadapan gawang buat kali kedua. Namun pengadil bertindak membatalkan gol tersebut selepas melakukan semakan pada video (VAR) dan mendapati pemain pertahanan Sevilla terlebih dahulu telah melakukan kekasaran.

https://twitter.com/Ma1szyy/status/1369401478759280654

Situasi ini membuatkan pengadil memberikan sepakan penalti. Sepakan yang diambil oleh Haaland bagaimanapun diselamatkan oleh penjaga gol Sevilla, Buno. Pengadil sekali lagi campur tangan dan mendakwa Buno berada di luar garisan gol ketika sepakan diambil, dan mengarahkan sepakan diambil semula.

Peluang kedua tidak disia-siakan oleh Haaland. Berjaya menewaskan penjaga gol tersebut kali ini, Haaland dilihat berkata sesuatu kepada Buno yang menyebabkan ramai pemain Sevilla tidak senang dengan perbuatan bekas penyeran RB Salzburg itu.

Kekalahan ini amat sukar ditelan oleh Julen Lopetegui dan pemain-pemain kendaliannya. Sevilla kini semakin jatuh dari kedudukan mereka di La Liga selepas permulaan cemerlang musim ini. Ia diikuti oleh kekalahan di separuh akhir kepada Barcelona di pertandingan Copa del Rey. Kini langkah mereka di Champions League ditamatkan oleh Haaland dan Dortmund.

Pada pendapat anda wajarkah Haaland melakukan provokasi kepada lawan selepas menjaringkan gol tersebut?

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Erling Haaland melalui pautan di bawah:

Haaland vs Mbappe: Statistik & Perbezaan Kualiti Dua Penyerang Handalan Generasi Baharu

Kisah Haaland Yang Hampir Putus Asa & Bagaimana Solksjaer Bentuk Dirinya Jadi Mesin Gol

Erling Haaland Diangkat Sebagai ‘Budak Emas’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN