Atalanta meneruskan musim penuh kejutan mereka. Kali ini menewaskan Valencia 4-1 dalam saingan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah pusingan pertama – di San Siro.
Ini adalah kempen debut buat kelab kecil – Atalanta – bimbingan Gian Piero Gasperini. Ternyata semangat juang mereka sangat tinggi.
Paling menarik, Atalanta – antara pasukan yang yang palin high pressing musim lalu – telah mendominasi aksi dengan Valencia.
Hans Hateboer menjaringkan gol UCL pertama beliau menerusi gol jarak dekat.
Bintang mereka, Ilicic menggandakan pendahuluan mereka menjelang rehat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Remo Freuler melakkan gol lencongan dari jarak jauh – minit ke-57 perlawanan.
Berselang 5 minit kemudian, Atalanta mendapat gol keempat mereka dengan rembatan menerusi Hateboer sekali lagi. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
Denis Cheryshev menjaringkan gol saguhati untuk Valencia.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan selesa Atalanta 4-1 ke atas Valencia.
Ini merupakan kemenangan pertama pasukan Itali di San Siro dalam aksi kalah mati UCL dalam tempoh tuju tahun. Dan ianya bukan Inter ataupun AC Milan, tetapi Atalanta.
Atalanta awalnya dianggap pasukan yang sudah bungkus awal pada musim ini. Ianya apabila mereka tewas 3 perlawanan pertama dan seri perlawanan keempat.
Namun mereka tetap meneruskan langkah dengan penuh keajaiban.
Perlawanan kedua akan menyusul 3 minggu lagi. Jelas sekali Atalanta perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.
Sebab sebelum ini UCL sentiasa penuh dengan drama. Pasukan seperti PSG dan Barcelona pun boleh tersingkir walaupun ada kelebihan agregat yang besar.
Dalam carta liga, Atalanta kini berada di empat teratas. Mahu mengulangi semula pencapaian mereka mara ke pertandingan perdana Liga Juara Juara Eropah.