Satu perlawanan yang menarik namun perbezaan terbesar pastinya Lionel Messi. Belia boleh dikatakan agak bergelut pada separuh masa pertama. Namun pemain yang bernama Lionel Messi ini hanya memerlukan momen tertentu untuk memberikan impak.
Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Namun mereka tidak menemui gawang gol. Sehinggalah Luis Suarez meletakkan tuan rumah di hadapan dengan satu gol – hasil gerakan tanpa bola yang sangat baik.
Pada separuh masa kedua, Liverpool mengawal perlawanan dan masalah yang sama mereka hadapi adalah tiada penyudah di hadapan gol.
Liverpool mendapat 2 peluang daripada percubaan Mohamed Salah dan James Milner. Namun kedua-duanya diselamatkan oleh Ter Stegen.
Barcelona yang lebih banyak dipaksa bertahan akhirnya berjaya menemui rentak dan terus menghasilkan gol kedua. Berpunca daripada percubaan Suarez – bola terkena palang – Lionel Messi yang melakukan antisipasi telah menerima bola dan dengan mudah menyumbat masuk ke gawang terbuka.
Jika gol kedua, terlalu mudah untuk Messi, gol ke-3 adalah ‘kegilaan’. Ianya kualiti luar biasa daripada Messi. Beliau melakukan sepakan percuma menewaskan Alisson.
Itu merupakan jaringan ke-600 Lionel Messi untuk Barcelona di dalam karier beliau.
Messi scores 600th goal as Barcelona thrash Liverpool https://t.co/BkHy5rGs3K pic.twitter.com/2RLXRQeykf
— Daily Trust (@daily_trust) May 1, 2019
Liverpool kemudian hampir mendapatkan 1 gol tempat lawan. Namun percubaan Mohamed Salah terkena tiang.
Barcelona boleh sahaja menambah derita Liverpool ketika pasukan bimbingan Jurgen Klopp berkampung di kawasan lawan untuk memburu gol. Barca melancarkan serangan balas. Malangnya 2 kali Dembele mempersiakan peluang keemasan.
Tamat perlawanan, Barcelona 3, Liverpool 0. Barcelona boleh dikatakan sebelah kaki ke final UCL tahun ini. Namun mereka pastinya tidak mahu peristiwa musim lalu ketika ‘diterbalikkan’ Roma berlaku lagi.