UCL 2020/21: Man Utd Hilang Cengkaman Tangga Teratas Selepas Tunduk Kepada PSG

PSG

Manchester United terlepas peluang untuk melayakkan diri ke peringkat 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 dengan lebih awal selepas tunduk 1-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di Old Trafford, pagi tadi.

Kekalahan yang dialami skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu menyaksikan perebutan tiga penjuru bagi slot kumpulan H untuk ke peringkat seterusnya selepas RB Leipzig mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Istanbul Basaksehir dalam satu lagi aksi.

Perlawanan menarik itu menyaksikan Neymar berjaya membuka tirai jaringan seawal minit keenam apabila bintang kelahiran Brazil tersebut meledakkan jaringan dari sudut sukar dalam kawasan penalti selepas percubaan awal dari Kylian Mbappe membias terkena Victor Lindelof.

Alessandro Florenzi hampir meletakkan PSG selesa di hadapan tetapi rembatan padunya berjaya dinafikan penjaga gol utama United, David De Gea bagi menyelamatkan keadaan.

Tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 selepas percubaan Marcus Rashford terkena kaki Danilo Pereira lalu bola membolosi gawang PSG tanpa mampu dihalang Keylor Navas.

Memasuki babak kedua, Manchester United berusaha keras untuk mendapatkan jaringan pendahuluan apabila melancarkan serangan terutamanya menerusi Anthony Martial dan Edinson Cavani.

Bagaimanapun penyudah kurang berkesan gagal merealisasikan usaha tersebut apabila percubaan Martial dihalang pemain pertahanan manakala percubaan lambung Cavani sekadar singgah di palang gol PSG.

PSG yang kembali memperkemaskan aksi, sekali lagi berada di hadapan pada minit ke-69 setelah Marquinhos menolak masuk bola ketika beliau menerima hantaran daripada Abdou Diallo dalam kawasan penalti tuan rumah ketika keadaan kelam kabut susulan situasi sepakan penjuru.

Malang terus menimpa United seminit kemudian susulan layangan kad kuning kedua diterima pemain tengah, Fred berikutan kekasaran dilakukannya menyebabkan pengadil perlawanan, Daniele Orsato memerintahkan pemain skuad kebangsaan Brazil itu meninggalkan padang.

Bermain dengan kelebihan seorang pemain digunakan sepenuhnya anak buah Thomas Tuchel itu bagi menambah jaringan ketiga menerusi Neymar untuk perlawanan berkesudahan 3-1 memihak skuad gergasi Ligue 1 itu.

Kekalahan ini tetap menyaksikan Manchester United terus berada di tangga teratas tetapi terikat sembilan mata bersama-sama PSG dan RB Leipzig. Persaingan yang amat menarik untuk disaksikan pada perlawanan terakhir nanti apabila PSG akan bertemu Istanbul Basaksehir manakala United berdepan RB Leipzig.

Kredit featured image: Martin Rickett/PA Images via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN