UCL 2020/21: Man Utd Dikritik Scholes Selepas Dimalukan Basaksehir

Manchester United melalui malam yang memalukan apabila tumbang 1-2 kepada pendatang baharu UEFA Champions League, Istanbul Basaksehir di Stadium Basaksehir Fatih Terim awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Tambah menyakitkan hati penyokong Red Devils adalah cara gol-gol tuan rumah dijaringkan. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan sulung buat Basaksehir, yang ditubuhkan pada tahun 1990, dalam rekod penglibatan mereka di Champions League.

Kelab Turki itu mendapat gol pendahuluan mudah apabila pertahanan United ‘hilang’, sekaligus memberikan Demba Ba laluan mudah untuk melarikan bola dari garisan tengah sebelum menewaskan Dean Henderson.

Ole Gunnar Solskjaer pastinya tidak akan memberi cuti kepada pemain pertahannya selepas kekalahan ini. Ini kerana gol kedua tuan rumah juga dilepaskan dengan cara mudah, selepas Deniz Turuc mencuri bola dari Juan Mata sebelum menemui penyudah kencang Edin Visca.

Red Devils mendapat sedikit harapan apabila Anthony Martial menanduk masuk hantaran lintang Luke Shaw dua minit sebelum rehat separuh masa pertama. Tetapi ia menjadi gol saguhati selepas pelawat menampilkan persembahan separuh masa kedua yang lesu.

Walaupun sepakan percuma Bruno Fernandes tepat ke sasaran, ia masih belum cukup untuk menewaskan penjaga gol Mert Gunok. Walaupun selepas Paul Pogba dan Edinson Cavani dimasukkan, ia masih gagal memberi inspirasi kebangkitan kepada United.

Malah Basaksehir sebenarnya boleh menjaringkan lebih daripada dua gol. Tetapi tandukan Danijel Aleksic sekadar tepat ke dakapan Henderson. Manakala rembatan Visca sekadar melewati palang.

‘Bagaikan persembahan pasukan bawah 10 tahun’

Manchester United jelas sekali memerlukan sekurang-kurangnya seorang pertahanan yang kompeten pada musim ini. Barangkali persembahan baik musim lepas yang menyaksikan mereka menamatkan musim Premier League di tangga ketiga mengaburi kelemahan mereka di bahagian pertahanan.

Gol pertama yang dilepaskan United dijelaskan Paul Scholes sebagai ‘persembahan pasukan bawah 10 tahun’. Owen Hargreaves pula memberitahu beliau ‘tak pernah melihat gol seperti itu di peringkat profesional’.

Organisasi pertahanan Man Utd yang rapuh membenarkan Demba Ba mempunyai masa dan ruang yang banyak untuk menjaringkan gol pertama Basaksehir.

Bermula dari sepakan penjuru yang diambil pendek, United kemudiannya hilang bola sehingga membenarkan Visca untuk melancarkan serangan balas pantas yang disudahkan oleh Ba.

“Memang kelakar persembahan tadi,” tambah Scholes. “United tak ada seorang pun pemain dalam jarak 20 ela dari Ba.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Istanbul Basaksehir (Pendahulu Liga Turki) Berterima Kasih Kepada Everton Kerana ‘Curi’ Penyerang Besiktas

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN