UCL 2020/21: Dua Gol Penalti Werner Beri Kemenangan Selesa Ke Atas Rennes

Chelsea mempertahankan rekod tanpa kalah mereka di UEFA Champions League pada musim ini selepas mudah menewaskan Rennes 3-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Anak buah Frank Lampard yang membuka kempen Champions League dengan keputusan seri ketika menentang Sevilla sebelum mengutip tiga mata di halaman Krasnodar. Dalam perlawanan tadi, Chelsea memanfaatkan kekurangan Rennes yang terpaksa bermain dengan 10 pemain sebelum rehat.

Timo Werner memberikan Chelsea pendahuluan selesa menerusi dua penalti. Penalti pertama diperolehi selepas beliau dikasari Dalbert. Penalti kedua juga diperolehi hasil kesilapan pertahanan sama yang terpegang bola dalam kotak penalti sendiri.

Dalbert kemudiannya melengkapkan malam malang dalam kariernya apabila dihukum kad kuning kedua atas kesalahan penalti kedua Chelsea itu, sekaligus dibuang padang.

Chelsea yang turun tanpa Kai Havertz yang positif COVID-19, tidak pernah hilang kawalan sepanjang perlawanan. The Blues kemudiannya meningkatkan dominasi mereka lima minit selepas rehat selepas hantaran lintang Reece James ditampan masuk oleh Tammy Abraham.

Di bahagian pertahan, tuan rumah jarang-jarang diancam. Tetapi Edouard Mendy tetap perlu meneyelamatkan percubaan bekas rakan sepasukannya Clement Grenier pada hujung perlawanan.

Kehadiran Mendy dan pertahanan Thiago Silva jelas memperbaik prestasi defensif Chelsea yang kini tanpa bolos lebih tujuh jam dan mencatat rentetan 10 perlawanan tanpa kalah.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea selesa mendahului kumpulan E.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Edouard Mendy: Pemain Baharu Chelsea Yang Pernah Jadi Penganggur & Penjaga Gol Kelab Divisyen Ke-4

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN