UCL 2020/21: 5 Perkara Daripada Kemenangan “Thriller” Liverpool Ke Atas Milan

Liverpool mendahului AC Milan melalui gol sendiri Fikayo Tomori, tetapi mendapati diri mereka ketinggalan 2-1 selepas babak pertama perlawanan tamat.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bagaimanapun bangkit semula pada babak kedua melalui jaringan Mohamed Salah dan kapten pasukan, Jordan Henderson untuk mengatasi Milan 3-2.

Berikut adalah lima perkara yang boleh kita nilai dari perlawanan ini:

Kumpulan maut

Milan dianggap sebagai pasukan paling lemah oleh bookmakers di dalam Kumpulan B. Ini bermakna Liverpool menentang pasukan pilihan keempat di tempat sendiri. Dan di atas kertas, ia sepatutnya perlawanan paling mudah buat Liverpool.

Hakikat sebenarnya ia tidak semudah ramalan yang dilakukan. Liverpool terpaksa memastikan permainan intensiti tingi untuk menewaskan Milan 3-2 dalam perlawanan ini.

Ia bermakna tiada perlawanan mudah menenang semua pasukan, dan tiada kemenangan yang dianggap rutin tanpa fokus yang betul.

The Reds harus berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata untuk mara ke pusingan seterusnya. Ini bermakna Liverpool sentiasa memerlukan kesebelasan terbaik mereka untuk setiap perlawanan.

Perguna sepenuhnya skuad sedia ada

Jurgen Klopp bagaimanapun terus mengambil risiko untuk perlawanan ini apabila dua pemain utama diletakkan di bangku simpanan. Virgil van Dijk disisihkan untuk Joe Gomez, dan lebih mengejutkan Sadio Mane turut mengalami nasib yang sama untuk memberi laluan kepada Divock Origi.

Merehatkan Van Dijk mungkin masuk akal. Pemain pertahanan terbaik dunia itu telah beraksi pada setiap minit sejak pulih dari kecederaan. Perkhabaran Milan tanpa Zlatan Ibrahimovic juga mungkin turut mempengaruhi keputusan itu.

Lagipun apa masalahnya jika Klopp juga mempunyai pemain sehebat Gomez yang bersedia mengisi kekosongan bek tengah pada bila-bila masa sahaja.

Origi untuk Mane? Ia agak mengejutkan pada mulanya kerana pemain dari Belgium itu belum pernah tersenarai di dalam pasukan pada hari perlawanan. Tetapi ini juga bermakna setiap anggota pasukan harus bersedia dengan rotasi yang diamalkan Klopp kerana jumlah perlawanan yang banyak dan musim yang masih lagi panjang.

Divock Origi

Origi adalah pilihan mengejutkan daripada Klopp untuk berada di dalam kesebelasan utama. Tetapi tugasan pressing yang dilakukannya amat menakjubkan, dan beliau melakukannya secara konstant setiap kali Liverpool tidak menguasai bola.

Origi boleh menawarkan kelainan kepada serangan Liverpool pada musim ini. Merupakan seorang centre-forward yang natural, Klopp pasti akan menggunakan Origi berdasarkan lawan dan perancangan pasukan.

Lebih banyak persembahan dan prestasi serupa, maka kita akan lebih kerap melihat penampilan Origi pada musim ini.

Liverpool perlahankan rentak

Liverpool memulakan perlawanan ini dengan pantas, dan Milan jelas tidak mampu mengikutinya.

Malah untuk 15 sehingga 20 minit pertama perlawanan, The Reds mampu mendahului tiga atau empat gol. Sekurang-kurangnya Liverpool harus berada 2-0 di hadapan jika Mohamed Salah tidak tersasar sepakan penalti.

Tetapi baki 30 minit permainan dari Liverpool agak mengecewakan. Lima minit terakhir menyaksikan mereka dibocori dua kali. Jelas sekali Liverpool memperlahankan rentak, dan terus dihukum oleh Milan.

Tidak ada masalah untuk memperlahankan rentak permainan. Tetapi ia akan menjadi masalah apabila ia menyebabkan anda gagal mengawal perlawanan. Bahagian tengah Liverpool adalah yang paling terjejas ketika itu.

Babak kedua yang berbeza

Babak kedua perlawanan berubah sama sekali. Liverpool kembali beraksi lebih baik, dan kali ini menyukarkan Liverpool untuk melakukan gerakan menyerang.

Skuad kendalian Klopp juga mampu mendapatkan gol penyamaan pada awal babak kedua, dan gol kemenangan yang diperlukan.

Ia pasti perkara yang melegakan. Apa pun perkara yang Klopp sampaikan ketika rehat selepas tamat babak pertama, ia nyata berkesan.

Ia bukan prestasi yang Liverpool mahukan pada babak pertama, tetapi mereka berjaya mengatasinya.

Penutup

Tiga mata berharga dan permulaan yang cemerlang buat Liverpool di pertandingan UEFA Champions League musim ini.

Keputusan seri 1-1 di antara Porto dan Atalanta bermakna The Reds kini berada di kedudukan teratas Kumpulan B

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN