Lionel mencatat satu lagi rekod baru dalam sejarah penganjuran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas beliau menjaringkan gol pertama Barcelona yang merakam kemenangan tipis 2-1 ke atas Slavia Prague awal pagi tadi.
Barcelona melonjak di kedudukan pertama kumpulan F dan Messi muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam saingan UCL 15 musim berturut-turut.
Beliau kini berupaya menyamai rekod legenda Manchester United, Ryan Giggs yang memegang rekod menjaringkan gol dalam 16 musim UCL yang berbeza.
Kapten Barcelona itu memberikan The Blaugrana pendahuluan pada awal permainan dengan menyudahkan hantaran pendek Athur dalam kotak penalti.
https://twitter.com/Messidemic_/status/1187083485355356160?s=20
Juara Czech itu berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama menerusi percubaan berbahaya Peter Olayinka dan Luka Masopust, namun Marc Ter Stegen menjadi penyelamat.
Awal separuh masa kedua, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memecah kebuntuan setelah Jan Boril yang menerima hantaran jauh berjaya mengatasi beberapa pertahanan Barca dan menjaringkan gol penyamaan.
Namun sepakan percuma Messi yang menemui Luis Suarez berjaya disudahkan sekalipun pemain Uruguay itu berada di sudut sukar dengan tolakannya mengenai Olayinka dan terbias masuk ke gawang gol menewaskan penjaga gol, Ondrej Kolar.
"Own Goal" continues to be Barcelona's most reliable Champions League goalscorer after Messi 😂 pic.twitter.com/o3qYDwr0hz
— FOX Soccer (@FOXSoccer) October 23, 2019
Barcelona yang kini berada di puncak La Liga telah melupakan permulaan buruk mereka musim ini dengan meraih enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Keputusan ini juga menyaksikan skuad kendalian Ernesto Valverde itu mendahului kumpulan F dengan tujuh mata dari tiga perlawanan, tiga mata mengatasi Inter Milan dan Borussia Dortmund.
Dua pasukan tersebut yang bertemu di San Siro menyaksikan Inter mengatasi kelab Jerman itu dengan 2-0 hasil jaringan Lautaro Martinez dan Antonio Candreva.
a🔝 the group of ☠️! pic.twitter.com/tQsDiJvKIV
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 23, 2019
Slavia Prague ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini dengan melakukan lebih banyak percubaan dan beroleh beberapa peluang keemasan. Tetapi dalam bola sepak, menterjemah kepada jaringan gol adalah lebih penting.
Slavia Prague merupakan pasukan ke-33 yang dibolosi oleh Lionel Messi secara peribadi dalam saingan UCL – menyamai rekod Cristiano Ronaldo dan Raul Gonzalez.