UCL 2019/20: Lampard Teruja Kendali Chelsea Di Pentas Tertinggi Eropah

Frank Lampard belum lagi pernah mengendalikan pasukan di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat masa ini.

Namun ia tidak bermakna bekas pemain yang kini adalah pengurus Chelsea itu dari memberikan input yang dikehendaki, terutama dari segi jangkaan yang bakal ditempuhi barisan pemain muda The Blues ketika melayan kunjungan Valencia di Stamford Bridge pada awal pagi nanti.

Walaupun belum mempunyai pengalaman sebagai pengurus, Lampard pernah beraksi di pentas ini. Perkara terutama ialah beliau pernah muncul sebagai pemenang pertandingan ini bersama Chelsea sebagai pemain.

“Ada perkara istimewa mengenai perlawanan [malam] di Stamford Bridge, sesuatu berkaitan muzik Champions League. Dan kini saya mahu melalui perkara itu dari bahagian tepi padang. Sudah tentu saya teruja,” ujar pengurus berusia 41 tahun itu.

Siapakah yang lebih layak untuk menjelaskan kepada pemain seperti Tammy Abaraham atau Mason Mount mengenai bagaimana Valencia akan cuba menghalang serangan Chelsea pada awal pagi esok – jika bukan Lampard.

16 tahun lalu, Lampard tampil buat pertama kami dalam pertandingan ini sebagai pemain gantian menentang Sparta Prague.

Chelsea menang 1-0 pada perlawanan tersebut. Namun kemudian The Blues dikejutkan oleh Besiktas 2-0 di Stamford Bridge. Ia adalah perlawanan penuh Lampard beraksi di pertandingan ini.

Mengenai cabaran yang bakal dilalui oleh skuad muda kendaliannya, Lampard berkata:

“Kami akan melakukan pertemuan di hotel pada malam sebelum perlawanan, dan kami mempunyai banyak masa untuk persiapan.

“Sudah tentu akan ada kata nasihat, kerana [pertandingan] ini sedikit berlainan.

“Perkara terutama sebagai pemain ialah tahap konsentrasi dan fokus sepanjang dan setiap perlawanan harus berada di tahap terbaik.

“Ia tidak bermakna anda mengambil mudah perlawanan Liga Perdana Inggeris [EPL]. Tetapi semakin tinggi tahap saingan seperti di UCL, dan gaya permaianan berlainan yang harus anda hadapi, perkara itu boleh menampilkan kejutan.

“Skuad Valencia yang bakal dihadapi sangat baik dalam melakukan serangan balas dan boleh memberikan kesan walaupun pada ketika anda berpendapat anda sedang mengawal perlawanan.

“Kerana itu perkara berkaitan fokus harus menjadi perkara terutama.”

Velencia tiba di England dengan krisis dalaman selepas pemecatan pengurus pasukan, Marcelino Garcia Toral.

Marcelino digantikan oleh bekas pengendali skuad Sepanyol Bawah-21, Albert Celades, namun pemain dikatakan masih berada di belakang Marcelino dan menentang pemecatan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN