UCL 2019/20: Club Brugge Dilauk PSG 5-0, Mbappe Catat Hatrik

Penyerang PSG, Kylian Mbappe yang masuk pada separuh masa kedua mencatat hatrik ketika membantu Paris Saint-Germain menumbangkan Club Brugge 5-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Pencapaian itu sekaligus memecahkan rekod Lionel Messi untuk muncul pemain termuda untuk menjaringkan 15 gol dalam kejuaraan terulung di Eropah tersebut pada umur 20 tahun dan 306 hari.

Messi sebelum ini mencatat rekod tersebut ketika berusia 21 tahun 288 hari dengan mengatasi rekod Raul Gonzales yang meraihnya ketika berumur 22 tahun dan 163 hari.

Mbappe yang baru kembali dari kecederaan hanya menonton dari bangku simpanan gol pertama dari Mauri Icardi seawal minit ketujuh hasil hantaran lintang Angel di Maria.

Mbappe kemudian dibawa masuk pada minit ke-52 dan menjaringkan gol sembilan minit kemudian melalui tandukan yang menewaskan bekas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet.

Pemenang Piala Dunia itu terus menyerlah dengan membantu gol kedua Icardi hasil kesilapan pertahanan Club Brugge sebelum beliau yang menerima hantaran di Maria menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-79.

Beliau melengkapkan hatrik tujuh minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan melalui sentuhan magisnya sekali lagi hasil hantaran di Maria yang dimulai dengan gerakan berpasukan.

Pencapaian hatrik Mbappe itu juga menjadikan beliau pemain gantian pertama yang menjaringkan tiga gol sejak Joseba Llorente melakukannya untuk Villareal pada Oktober 2008 ketika berdepan Aalborg.

“Saya memang mahu memulakan perlawanan [dalam kesebelasan utama]. Jurulatih telah memilih pemain lain, jadi saya harus terima,” ujar Mbappee kepada RMC Sport 1.

“Saya mahu kembali beraksi dan tunjukkan pasukan akan menghadapi kesukaran tanpa saya sekalipun mereka tetap bermain dengan baik. Saya mahu bersaing untuk mendapat tempat dan membantu pasukan semaksimum mungkin.

“Bola sepak adalah jiwa saya. Saya cintakan permainan ini. Sudah dua bulan saya tidak dapat beraksi.

“Kecederaan itu sangat menyakitkan, saya bernasib baik kerana dapat kembali beraksi. Saya berterima kasih kepada staf perubatan, doktor dan fisioterapis. Mereka benar-benar memahami situasi saya.”

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu kini cuma memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mara ke pusingan kalah mati selepas menang semua tiga perlawanan dan unggul mengatasi Real Madrid di kedudukan kedua dengan perbezaan lima mata.

Perlawanan seterusnya dalam kumpulan A mereka sekali lagi akan menentang Club Brugge di Paris pada November nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN