Aksi Cristiano Ronaldo bersama Juventus dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi hanya bertahan selama 29 minit, apabila dia dilayangkan kad merah selepas dilihat mengasari pemain pertahanan Valencia, Jeison Murillo ketika dia menanti bola hantaran lintang dalam kotak penalti.
Namun ketiadaan Ronaldo itu tidak menghalang kelab gergasi Itali itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Valencia dalam aksi pembukaan Kumpulan H.
ICYMI: That moment Cristiano Ronaldo received a straight red in his #UCL debut for Juventus. #VCFJuve #FinoAllaFine #AmuntValencia pic.twitter.com/O2SAGXbwjv
— SBOTOP (@SBOBET) September 19, 2018
Jaringan menerusi sepakan penalti pada setiap babak oleh Miralem Pjanic mengesahkan tiga mata buat pasukan pelawat, dengan Valencia kembali ke kancah elit Eropah selepas dua tahun berakhir dengan kekecewaan.
Ia malam yang amat dinantikan buat Ronaldo dalam saingan Liga Juara-Juara apabila membuat penampilan pertama bersama kelab yang kerap dia kecewakan ketika mewakili Real Madrid.
Bagaimanapun, ia bukan detik yang dibayangkan oleh semua orang yang berada di Mestalla apabila penyerang antarabangsa Portugal itu dibuang padang buat kali pertama dalam 154 penampilannya dalam kejohanan elit Eropah itu.
😱😱It seems @cristiano pulled Murillo's hair here but i feel the red card might have been harsh though. Do u think he deserves it or not❓
Via @cris7fx 👣 👣 @gtwsports for more👍#red #Cristiano #uefa #ronaldo #ucl #uefachampionsleague #redcard #football #Juventus pic.twitter.com/ABkdvfGfzA— officialgtwsport (@gtwsport1) September 19, 2018
Ia dilihat bukan tindakan melampau yang dilakukan oleh Ronaldo, tetapi pengadil dari Jerman, Felix Brych yang berbincang dengan pembantu pengadil membuat keputusan melayangkan kad merah kepada Ronaldo.
Selepas meninggalkan padang, pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu yang menyempurnakan sepakan penalti untuk Real Madrid menyingkirkan Juve dalam aksi suku akhir musim lalu menangis ketika menuju ke bilik persalinan.
Bagaimanapun, beraksi dengan 10 pemain Juventus masih bernasib baik apabila dua kali dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Pjanic.
Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci berkata, semangat juang berpasukan membolehkan mereka mengatasi detik sukar dalam perlawanan itu.
“Kami membuktikan bahawa kami kuat secara berpasukan.
“Kami terus mengekalkan cara permainan kami walaupun dengan 10 pemain. Kami bersama-sama mengharungi kesukaran di akhir perlawanan tetapi kami membuktikan kemampuan sekali lagi malam ini,” katanya.
Layangan kad merah itu kemungkinan akan menyaksikan Ronaldo terlepas perlawanan menentang bekas kelab, Manchester United pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan.