UCL 2018/19: Real Madrid & AS Roma ‘Layu’ Di Penghujung Saingan Kumpulan G

Real Madrid

Real Madrid dan AS Roma menerima kejutan dalam saingan terakhir peringkat kumpulan selepas tunduk kepada lawan masing-masing, awal pagi tadi.

Real Madrid tumbang 3-0 di laman sendiri bertemu CSKA Moscow manakala kunjungan AS Roma ke Doosan Arena Plzen juga berakhir dengan kecewa apabila tunduk 2-1 ditangan Viktoria Plzen.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik terlebih awal dengan Real Madrid menamatkan saingan di tangga teratas manakala AS Roma mengekori di tempat kedua.

Penjaga gol, Igor Akinfeev dan pertahanan CSKA Moscow mencuri tumpuan apabila berjaya menyerap asakan berbahaya yang dilancarkan tuan rumah dengan begitu baik.

Keadaan yang begitu menyukarkan skuad bimbingan Santiago Solari bagi mencipta jaringan yang diharapkan.

Ketika Real Madrid masih tercari-cari sentuhan jaringan yang gagal ditemui, Fedor Chalov mengejutkan penyokong tuan rumah pada minit ke-37 menerusi percubaan kaki kiri yang berjaya menewaskan Thibaut Courtois.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 12: Mario Fernandes of CSK Moscow and Kirill Nababkin of CSK Moscow tackle Gareth Bale of Real Madrid during the UEFA Champions League Group G match between Real Madrid and CSKA Moscow at Bernabeu on December 12, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Enam minit berselang, Georgi Shchennikov menjadikan kedudukan 2-0 susulan percubaan pertama dari sebelah kiri pintu gol Real Madrid dihalang Courtois.

Shchennikov yang tidak dikawal dalam kawasan penalti meluru pantas untuk menolak masuk bola.

Arnor Sigurdsson melengkapkan malam gemilang buat CSKA untuk jaringan ketiga pada minit ke-73.

Sementara itu di Republik Czech, AS Roma pula menjadi kepada Viktoria Plzen.

Tuan rumah memerlukan satu jam untuk membuka tirai jaringan. Gol yang menjelma pada minit ke-62 tersebut dihasilkan oleh Jan Kovarik.

Kovarik yang mendapat hantaran lintang yang cukup kemas dilakukan Jan Kopic mudah menewaskan Antonio Mirante di gawang AS Roma.

Kegembiraan tuan rumah hanya bertahan selama enam minit apabila Cengiz Under menyamakan kedudukan menerusi percubaan terus yang terkena palang gol lalu masuk ke dalam gawang.

Thomas Chory hanya memerlukan empat minit sahaja untuk kembali melonjakkan kegembiraan buat penyokong Viktoria Plzen setelah beliau berjaya menanduk masuk bola susulan percubaan yang dilakukan Kovarik dinafikan Mirante.

Kemenangan 2-1 itu memberikan makna yang lebih besar buat Viktoria Plzen apabila mereka berjaya mengenepikan CSKA Moscow untuk beraksi di Liga Europa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN