UCL 2018/19: Manchester United Menang Bergaya Ke Atas Young Boys

Bintang Perancis, Paul Pogba menjadi tumpuan apabila menghasilkan gol pembukaan yang menarik bagi membantu Manchester United menewaskan Young Boys 3-0, dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Pemain tengah itu berjaya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 menerusi sepakan kaki kiri hasil pergelutan di dalam kotak penalti dan gol kedua menerusi sepakan penalti di penghujung babak pertama.

https://twitter.com/D9INE_NEXUS_/status/1042498021043269632

United melengkapkan kemenangan 3-0 melalui jaringan Anthony Martial, pada minit ke-66.

Pogba turut membantu Martial menjaringkan gol ketiga, ketika pengurus United, Jose Mourinho mempertikaikan tahap keselamatan pemainnya apabila turun beraksi di permukaan padang sintetik di Stade de Suisse.

“Saya boleh faham kenapa kami tidak boleh memulakan perlawanan ini dengan baik, kenapa kami mengambil masa 20 hingga 25 minit untuk bermain dalam keadaan terkawal.

“Mereka tahu betapa sukarnya untuk lawan bermain di padang ini, jadi mereka memaksa sedikit dan mereka memberikan kami masalah, tetapi gol pertama mengubah segala-galanya.

“Selepas itu, kami benar-benar bermain dengan baik dan betapa bagusnya untuk bermula dengan kemenangan,” kata Mourinho.

Mengenai pretasi Pogba, pengurus United berkenaan menambah: “Saya gembira kerana Pogba bermula daripada posisi selaku penjaring gol dan mampu menjadi nilai tambah kepada pasukan.”

Kemenangan itu menggambarkan krisis yang melanda United sejak tumbang 0-3 kepada Tottenham Hotspur pada akhir bulan lalu, kini sudah berakhir dan ini adalah kemenangan ketiga mereka berturut-turut dalam perlawanan di tempat lawan.

United bakal menghadapi tekanan lebih hebat dalam saingan Kumpulan H, apabila dijadual menentang Valencia di Old Trafford dan Juventus, selepas ini.

“Saya cukup gembira kerana persembahan mantap seluruh pasukan berbanding individu tertentu,” tambah Mourinho.

“Kami tahu kami perlu memenangi perlawanan ini, kami tahu ia perlawanan sangat penting untuk menghadapi tiga perlawanan seterusnya menentang Valencia dan Juventus,”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN