Manchester City memulakan saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan langkah kiri apabila tumbang 1-2 kepada Lyon dalam aksi pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Pengurus skuad itu, Pep Guardiola hanya menyaksikan dari bangku penonton kerana dikenakan hukuman dilarang berada di tempat duduk pemain, selepas diperintahkan keluar padang pada suku akhir menentang Liverpool musim lalu,
Maxwel Cornet dan Nabil Fekir meledak gol untuk Lyon mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, sebelum Bernardo Silva kembali merapatkan jurang namun sudah terlambat untuk mengelak City daripada menerima kekalahan pertama musim ini.
FULL-TIME | We take an opening #UCL Group Stage defeat but there's plenty of games to turn it around!
💙 1-2 🔴 #cityvol #mancity pic.twitter.com/hcDLT2IKFy
— Manchester City (@ManCity) September 19, 2018
Selepas sedekad mengambil alih kelab, pemilik City kini meletakkan sasaran memburu trofi sulung Liga Juara-Juara sebagai keutamaan mereka.
Ia merupakan kekalahan pertama Manchester City pada musim ini manakala Lyon hanya menang dua daripada lima perlawanan awal di saingan Ligue 1, Perancis, namun pelawat kelihatan mudah mendominasi perlawanan.
Cornet mudah membuka tirai jaringan apabila memperdayakan Ederson dan menolak bola masuk ke gawang kosong pada babak pertama, namun jaringan itu disahkan offsaid.
Selepas itu, tiada lagi perangkap offsaid yang menyelamatkan kelemahan benteng City.
https://twitter.com/SportJunkie8/status/1042495601043283968
Fekir melakukan hantaran silang perlahan dan sepatutnya mudah dipintas Fabian Delph, namun pemain antarabangsa England itu gagal dan Cornet mengambil kesempatan untuk meledak gol mudah.
Dua minit sebelum rehat, pemain yang menjadi sasaran Liverpool, Fekir meledak daripada jarak 25 kaki untuk gol kedua pelawat.
Hukuman ke atas Guardiola juga menyaksikan dia tidak dibenarkan masuk ke bilik persalinan di waktu rehat dan Arteta yang mengambil alih tugas sementara jelas gagal memberi arahan berkesan.
🏴 @ManCity have now lost 4 @ChampionsLeague games in a row under Pep Guardiola:
❌ FC Basel
❌ Liverpool
❌ Liverpool
❌ Lyon— SPORF (@Sporf) September 19, 2018
Arteta yang terdesak masih enggan melakukan pertukaran di awal babak kedua walaupun memiliki pemain berkualiti, Leroy Sane, Sergio Aguero dan Riyad Mahrez di bangku simpanan.
Sane, Aguero yang dibawa masuk pada penghujung aksi memiliki beberapa peluang tetapi percubaan mereka tersasar. Selepas ini, City terpaksa bekerja lebih keras untuk merebut tempat dalam Kumpulan F