Real Madrid masih tanpa sebarang kemenangan selepas dua aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini selepas satu lagi malam yang mengecewakan buat juara eropah 13 kali itu.
Skuad Zinedine Zidane mempamerkan permainan yang dianggap mengecewakan di Santiago Bernabeu dan hampir dihukum oleh dua gol penyerang berusia 21 tahun, Emmanuel Dennis.
Dua jaringan pemain dari Nigeria ini sedikit pelik. Jaringan pertama, Denis tersalah langkah ketika melakukan kawalan kepada bola selepas menerima hantaran Percy Tau. Bola tersebut bagaimanapun bergolek melepasi Thibaut Courtois.
8:09 – Emmanuel Dennis’ goal for Club Brugge is the earliest they have ever scored in a Champions League game (8 minutes, 9 seconds). He is the third Nigerian to score against Real Madrid in the competition, after James Obiorah and Ayila Yussuf. Stunned. pic.twitter.com/TLZIitE3m1
— OptaJoe (@OptaJoe) October 1, 2019
Walaupun didakwa offside, jaringan tersebut diberikan selepas semakan oleh VAR.
Jaringan kedua Denis pula menyaksikan beliau hanpir terjatuh ketika melarikan bola, sebelum bertindak menyungkit bola melepasi jangkauan Courtois.
Sergio Ramos kemudiannya tampil dengan respon untuk Real Madrid apabila menanduk masuk hantaran Karim Benzema. Jaringan tersebut turut memerlukan semakan VAR sebelum disahkan.
Real Madrid have one back!
After a VAR check it's decided that Sergio Ramos is on side! pic.twitter.com/DuGqDlfFVw
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 1, 2019
Selepas kapten Bruges diarahkan keluar padang selepas menerima dua kad kuning, Casemiro mengelakkan Real Madrid daripada dimalukan apabila menanduk masuk hantaran Toni Kroos, ketika perlawanan berbaki lima minit.
Dengan keputusan ini, Real Madrid kekal berada di kedudukan terbawah Kumpulan A.