Tottenham Hotspur dimalukan oleh Bayern Munich dengan kekalahan besar 7-2 di pertandingan Liga Juara-Juara (UC) pada awal pagi tadi – di hadapan penyokong sendiri.
Bekas pemain Arsenal, Serge Gnabry menjaringkan empat daripada tujuh gol Bayern.
Tottenham bermula dengan baik apabila mendahului pada minit ke-12 perlawanan melalui bintang Korea Selatan, Son Heung-min, namun ia hanya bertahan selama tiga minit sebelum Joshua Kimmich menyamakan kedudukan buat Bayern.
Robert Lewandowski kemudiannya meletakkan Bayern di hadapan sebelum tamat babak pertama perlawanan.
Only two players have scored 4+ goals in a single #UCL game in the Champions League vs. English clubs:
Lionel Messi vs. Arsenal
Serge Gnabry vs. SpursSimply sensational. pic.twitter.com/jAUAspMN21
— Squawka Football (@Squawka) October 1, 2019
Cara Tottenham bermain sebaik sahaja mereka ketinggalan menimbulkan banyak tanda tanya mengenai hubungan pengurus pasukan Mauricio Pochettino dan barisan pemain.
Ia adalah amat kontra berbanding kali terakhir pasukan ini tewas – di perlawanan akhir UCL kepada Liverpool pada Jun lalu,
Bayern terus mendapatkan momentum pada babak kedua perlawanan apabila Gnabry melebarkan pendahuluan pada minit ke-53, dan ke-55 perlawanan untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Harry Kane memberika sedikit harapan kepada Tottenham untuk menjelmakan kebangkitan selepas menyempurnakan sepakan penalti – setelah Kingsley Coman dipersalahkan kerana menjatuhkan Danny Rose di dalam kotak penalti.
Buat kali pertamanya dalam sejarah, Tottenham tewas kepada Bayern Munich di laman sendiri, awal pagi tadi.
Dua lawatan Bayern sebelum ini berakhir dengan keputusan 1-1 pada Oktober 1982 dalam Cup Winners’ Cup dan 0-2 (Disember 1983, UEFA Cup).#UCL#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/hfpLgjeakz
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 1, 2019
Tetapi Bayern terus bernafsu untuk memburu gol, dan dua lagi gol Gnabry, dan satu lagi jaringan oleh Lewandowski diantara dua gol Gnabry pada 10 minit terakhir perlawanan menjadikan kedudukan di akhir perlawanan menjadi 7-2.
Ini adalah buat pertama kali di dalam sejarah 137 tahun, Tottenham Hotspur dibolosi dengan tujuh gol.
Pemain dicemuh oleh penyokong sendiri selepas tamat perlawanan.
Musim lalu, Tottenham mara ke perlawanan akhir walaupun tewas dua perlawanan pertama peringkat kumpulan. Namun tewas dengan cara sebegini, pasti akan mengambil masa yang lebih lama untuk memulihkan keadaan.
Atau adakah krisis di Tottenham kini semakin parah?