UCL 2018/19: Aguero Mungkin Akan Beraksi Walaupun Berdepan Masalah Kaki

Aguero

Manchester City dijangka akan menurunkan ayam tambatan mereka, Sergio Aguero dalam perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi esok menentang kelab Jerman, Hoffenheim meskipun berdepan masalah kaki.

Aguero menjaringkan gol kelimanya musim ini apabila juara Liga Perdana itu menewaskan Brighton dan Hove Albion 2-0 pada Sabtu lalu.

Tetapi pemain Argentina berkenaan sebagai pemain gantian sejurus selepas itu bagi memastikan dia mendapat rehat secukupnya untuk kunjungan ke Jerman. Pengurus City, Pep Guardiola turut mengesahkannya.

“Esok adalah perlawanan besar dan Aguero di sini kerana doktor berkata dia boleh, jadi esok kami akan putuskan sama ada dia bermain atau (Gabriel) Jesus,” kata Guardiola.

Guardiola berkata, pemain tengah, Kevin de Bruyne sudah mula menjalani latihan bersama skuad selepas mengalami kecederaan lutut kanan yang menyebabkan dia diketepikan pada Ogos lalu.

Bagaimanapun perlawanan awal pagi esok adalah terlalu cepat buat pemain Belgium itu.

City akan turun tanpa pemain tengah, Fabian Delph dan pertahanan, Benjamin Mendy yang masih cedera.

Guardiola menegaskan, pertahanan kiri dari Perancis, Mendy akan hanya dapat diturunkan dalam perlawanan Liga Perdana menentang Liverpool, pada awal pagi Ahad ini.

“Delph, tidak, Mendy mungkin (Ahad nanti) harapnya kami mempunyai masa yang cukup sehingga perlawanan itu nanti.

“Masalahnya ialah mereka masih tidak berlatih bersama kami, jadi diharapkan apabila mereka kembali, pemain ini akan berlatih bersama pasukan,” kata Guardiola.

“Kami mempunyai lima final di dalam peringkat kumpulan. Esok adalah final yang pertama,” kata Guardiola yang membimbingan City mengharungi Kumpulan F, Liga Juara-Juara yang turut menempatkan pasukan Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN