UCL 2017/18: Liverpool Berjaya Serap Tekanan Hebat Manchester City Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Liverpool

Liverpool berjaya menjadi wakil tunggal England yang meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menundukkan Manchester City 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Etihad.

Dengan kemenangan tersebut, Liverpool layak ke peringkat seterusnya dengan kelebihan aggregit 5-1.

Tuan rumah yang ketinggalan tiga jaringan pada perlawanan pertama mempersembahkan corak permainan bertenaga dalam usaha mengurangkan defisit jaringan bagi menghidupkan peluang untuk kembali bangkit.

Segalanya tampak berjalan dengan lancar apabila Gabriel Jesus berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kedua berpunca daripada serangan balas pantas selepas hantaran jauh yang cuba dilakukan Virgil Van Dijk dipatahkan.

Aksi di babak pertama ternyata saat sukar yang dihadapi anak buah Jurgen Klopp apabila Manchester City mendominasi permainan bagi melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu yang dikawal Loris Karius.

Bernardo Silva hampir memberikan jaringan kedua buat City selepas percubaan dari luar kotak penalti yang dilakukannya hanya singgah di tiang gol Liverpool bagi menghampakan penyokong setia mereka pada minit ke-41.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu terus kecewa setelah jaringan yang berjaya dihasilkan seminit kemudian telah dibatalkan oleh pembantu pengadil selepas Leroy Sane dikatakan terperangkap ofsaid.

Keputusan tersebut ternyata telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain dan pegawai Manchester City.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 10: Raheem Sterling of Manchester City clashes with Virgil van Dijk of Liverpool during the UEFA Champions League Quarter Final Second Leg match between Manchester City and Liverpool at Etihad Stadium on April 10, 2018 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images,)

Lebih perit buat Manchester City apabila Pep Guardiola diperintahkan untuk meninggalkan bangku simpanan selepas beliau mempertikaikan keputusan pengadil yang bertugas.

Kesempatan itu digunakan oleh Liverpool pada babak kedua untuk mematikan sisa perjuangan David Silva dan rakan sepasukannya.

11 minit selepas babak kedua bersambung, penjaring prolifik Liverpool, Mohamed Salah kembali menyamakan kedudukan untuk aggregit 4-1.

Gol tersebut berpunca daripada gerakan Sadio Mane ke dalam kotak penalti berjaya dihalang Ederson Moraes, namun Salah bijak menghidu peluang tersebut untuk menggembirakan penyokong Liverpool di Stadium Etihad.

Roberto Firmino kemudiannya memadamkan api perjuangan pemain Manchester City dengan jaringan pada minit ke-77.

Penyerang antarabangsa Brazil itu berjaya mematahkan hantaran yang cuba dilakukan Nicolas Otamendi dan seterusnya melakukan sepakan ‘placing’ untuk menewaskan Ederson.

Keputusan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk mengesahkan kemaraan Liverpool ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN