Sedar atau tidak, Pepe sebenarnya sudah 10 tahun bersama Real Madrid.
Beliau menyertai kelab Sepanyol itu dari Porto pada 2007.
Baru-baru ini, beliau telah mengesahkan masa beliau di Real Madrid telah tamat dan akan pergi dari kelab itu.
Dengan beliau merasakan dirinya kini tidak lagi diperlukan terutamanya dari layanan yang diberikan Zinedine Zidane terhadapnya, beliau merasakan beliau perlu meluahkan segalanya.
Dan di laman Instagram, beliau telah menulis ucapan perpisahan yang penuh emosi buat para peminatnya.
Berikut adalah terjemahan surat tersebut:
“Harinya telah tiba. Pada 12 Julai 2007 saya menyertai Real Madrid dengan keseronokan selepas anak muda ini sedar akan beliau sudah mencapai impian yang dimahukannya saban hari.”
“Hari ini, selepas 10 tahun, masanya telah tiba untuk saya ucapkan selamat tinggal dan tidak lagi menyarung jersi kelab ini.”
“Saya menyarung jersi kelab ini setiap hari. Hari ini saya hanya boleh ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dan bersama saya ‘menulis’ kisah indah ini bersama saya.”
“Saya ingin berterima kasih kepada setiap seorang diantara kamu yang sentiasa menemani saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada teman-teman dan rakan sepasukan yang sentiasa bersama saya ke mana saya pergi.”
“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada bandar ini, kepada bandar yang menyaksikan anak perempuan saya dilahirkan dan dibesarkan. Saya rasa amat gembira dengan semua yang saya kecapi dan akan bawa rasa sayang yang kamu semua tunjukkan kepada saya di dalam hati saya!”
“Apakah bahagian terhebat dalam 10 tahun kebelakangan ini? Ia adalah latihan setiap hari, menghabiskan masa bersama para staf di kelab, menjejakkan kaki ke padang Santiago Bernabeu dan merasai sokongan kamu yang sentiasa hebat!”
“Saya akan simpan rasa cinta dan perasaan ini sebaik mungkin. Real Madrid dan kamu semua akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah dan hidup saya!”
“Terima kasih dan jumpa lagi!”