Ubaidullah Tak Jangka Turun Sebagai Pertahanan Kiri Di Pentas Akhir Piala Malaysia

Bintang muda berbakat besar Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili mengakui beliau langsung tidak menjangkakan dirinya akan dibawa turun dalam kesebelasan utama untuk aksi final Piala Malaysia 2023, selaku pertahanan kiri.

Terengganu terlepas peluang untuk mendakap trofi sulung mereka pada musim ini, selepas pasukan tersebut ditewaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan penuh 1-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tiga gol JDT masing-masing diperoleh menerusi penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva, Feroz Baharudin, serta pemain muda paling menyerlah, Arif Aiman Hanapi.

Sebaliknya Terengganu hanya memperoleh satu jaringan sahaja di babak separuh masa pertama menerusi peyerang import dari Croatia, Ivan Mamut.

Pada aksi tersebut, Ubaidullah sekali lagi diberi kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama untuk menerajui pertahanan Sang Penyu bersama tiga lagi rakan pertahanan lain.

Bergandingan bersama Shahrul Nizam, Safwan Mazlan, serta Azam Azmi Murad, jelas disiplin tinggi dipamerkan oleh Terengganu pada awalnya untuk mengekang pergerakan pasukan lawan.

Ubaidullah menjadi antara pemain yang sangat menyerlah pada perlawanan akhir tersebut, selepas pertahanan ini mempamerkan disiplin cukup tinggi buat barisan pertahanan utama Sang Penyu.

Menjadi antara pemain paling muda di atas pada perlawanan akhir itu, Ubaidullah mengakui sangat gembira selepas terus menjadi perhatian utama buat Tomislav Steinbruckner.

Pada masa sama, beliau juga mengakui sangat gementar untuk aksi pentas final ini apatah lagi pertahanan tersebut perlu mengawal kelincahan Arif Aiman sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya rasa sangat gembira selepas mendapat peluang untuk beraksi di final Piala Malaysia kali ini bersama Terengganu.

“Sudah tentu saya sangat gementar dan segala perasaan ada pada perlawanan tersebut tetapi saya gunakan segala peluang yang diberi jurulatih untuk buat segala yang boleh.

“Saya tak jangka pada perlawanan ini saya ditugaskan untuk beraksi selaku pertahanan kiri dan diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih,” kata Ubaidullah mengenai perlawanan tersebut.

Pada masa sama, pemain muda berpotensi besar itu juga melihat dirinya mempunyai masa depan sangat cerah bersama Terengganu sekiranya pengendali mereka iaitu Tomislav Steinbruckner terus dikekalkan sebagai jurulatih utama pasukan tersebut pada musim mendatang.

Musim ini menjadi tahun yang cemerlang sebenarnya buat Ubaidullah selepas beliau menjadi antara pertahanan muda paling berpengaruh buat negara serta sangat konsisten di atas padang tidak kira untuk Terengganu atau skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN