Ubaidullah Shamsul: “Kami Tak Datang Dari Jauh Untuk Catat Keputusan Sia-Sia”

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pertahanan kental Malaysia bawah 23 (B-23) Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili tampil menjadi sebagai antara pemain paling bersemangat untuk menghadapi Thailand bagi penentuan tempat ketiga dan keempat untuk saingan Piala AFF B-23 hari esok.

Malaysia sebelum itu gagal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir saingan tersebut untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan, selepas mereka mencatat kekalahan besar 1-4 di tangan Vietnam.

Pada aksi tersebut, Ubaidullah dan rakan sepasukan jelas menghadapi kesukaran sangat besar untuk menyerap tekanan diberikan pasukan lawan sehingga merekodkan jumlah bolos paling besar dalam edisi kali ini.

Menurut pertahanan muda dari Terengganu itu, beliau mengakui sangat kecewa untuk menghadapi kekalahan tidak diinginkan itu kepada skuad muda Vietnam serta gagal melayakkan diri ke final.

Walau bagaimanapun, pemain bertubuh tegap itu mengakui ketika ini moral rakan sepasukan lain berada pada tahap terbaik dan percaya mereka bersemangat kembali untuk menghadapi aksi seterusnya bertemu Thailand.

“Untuk perlawanan semalam, sudah tentu ada rasa kecewa kerana tak layak ke pusingan akhir, tetapi moral pasukan adalah dalam keadaan terbaik dan percaya rakan sepasukan semua bersemangat untuk untuk perlawanan seterusnya

“Ini kerana perlawanan esok juga sangat penting untuk kami balik dengan tempat ketiga sekurang-kurangnya, dan setidaknya kami mampu merekodkan pencapaian untuk saingan tersebut,” jelas Ubaidullah.

Ketika ditanya mengenai prestasi semasa Thailand dalam saingan kali ini, Ubaidullah mengakui segala persiapan dibuat berjalan lancar dan para pemain akan mengikuti segala pelan bakal diterapkan oleh pengendali, E. Elavarasan.

“Bagi saya, persediaan dibuat itu seperti biasa untuk kami mengikuti pelan yang diterapkan oleh jurulatih dan apa perlu kami tekankan ialah fokus serta kerja keras untuk aksi esok.

“Ianya kerana Thailand juga merupakan salah satu pasukan yang sangat kuat untuk saingan pada musim ini dan kita harap mampu untuk melakukan yang terbaik,” ujar beliau.

Ubaidullah juga menyatakan beliau dan rakan sepasukan kini sedia memberikan segalanya yang terbaik untuk malam esok serta mencongak peluang untuk tersenarai bagi kejohanan selepas ini iaitu Kelayakan Piala AFC B-23 tidak lama lagi.

“Sudah tentu kami semua akan memberikan segalanya yang terbaik dan buktikan kepada jurulatih tentang kelebihan dimiliki masing-masing.

“Ini sebab semua pemain nak berbakti untuk negara, dan kami tak datang dari jauh-jauh dengan sia-sia sahaja.

“Untuk capai kemenangan aksi esok juga dianggap sebagai suatu cita-cita besar, dan saya harap kami dapat buat yang terbaik serta beri kejayaan buat skuad negara,” katanya akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN