UAE Ganyang Indonesia 5-0, Ali Mabkhout Ledak Hatrik

UAE menang besar ke atas Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ kelayakan Piala Asia 2023 di tempat sendiri.

Ali Mabkhout terus cemerlang apabila melengkapkan hatrik pada separuh Masa kedua.

UAE bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan Indonesia pada separuh masa pertama. Pasukan Garuda bertahan dengan disiplin yang tinggi, menyukarkan UAE untuk memecahkan benteng pertahanan mereka.

Walaubagaimanapun, sebelum wisel rehat, UAE di hadapan menerusi rembatan Khalil Ebrahim pada minit ke-41. Ianya selepas penjaga gol Indonesia, Wawan Hendrawan terlepas bola tinggi.

Khalil mengambil kesempatan dengan sebaik mungkin untuk meletakan pasukannya di hadapan.

Bersambung separuh masa kedua, UAE mengganas menambah empat lagi gol.

Pemain terbaik perlawanan, Ali Mabkhout memulakan pemburuan hatriknya dengan gol kedua untuk UAE pada minit ke-51. Ianya permainan kombinasi menarik di antara Mabkhout dan Khalil Ebrahim.

Ali mencipta hatrik dalam jarak 21 minit di antara 3 gol beliau.

Ali Mabkhout, yang juga merupakan penyerang Al Jazira, menjaringkan gol kedua menerusi penalti pada minit ke-63. Ianya selepas bola terkena tangan kapten Garuda, Hansamu Yama Pranata dalam kotak penalti.

Dan pada minit ke-72, Mabkhout meraikan hatrik selepas satu lagi aksi cemerlang di hadapan gol dalam pusingan kelayakan kali ini.

Mabkhout melakukan larian tanpa bola ‘trademark’ beliau, menerima hantaran lolos daripada Ali Saleh. Mabkhout memperdaya penjaga gol dan beliau dengan mudah menolak bola ke dalam gawang yang ternganga.

Ini menjadikan jumlah gol beliau dalam pusingan kelayakan kali ini adalah 5 gol dalam 2 perlawanan terakhir.

Pemain gantian, Tariq Ahmad, menambah derita Indonesia dengan gol ke-5 pada masa kecederaan lewat (90+3′).

Ia berpunca daripada satu lagi kesilapan penjaga gol Indonesia apabila bola muntah, ketika beliau cuba menghalang percubaan Ahmad Khalil.

Indonesia akan menjadi tuan rumah kepada Vietnam selepas ini. Manakala UAE akan terbang ke Thailand Pada 15 Oktober nanti.

Indonesia kekal pasukan tunggal kumpulan G yang masih belum memungut sebarang mata setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN