UAE Buang Pemain Nombor ‘8’ Dari Skuad Sukan Asia Dan Mohon Maaf Kepada FAM

Persatuan Bolasepak Emiriah Arab Bersatu (EFA) mengumumkan penyingkiran pemain bernombor 8 yang terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Malaysia iaitu Mohammed Khalfan Al-Harazi ketika perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Melalui kenyataan rasmi yang disiarkan di laman web UAEFA, mereka menyifatkan tindakan Khalfan itu telah mencemarkan imej pasukan kebangsaan UAE dan membunuh semangat kesukanan yang tinggi dalam bola sepak.

“Persatuan ingin melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pergaduhan yang dipercayai bermula daripada pemain skuad bawah 23 tahun iaitu Mohammed Khalfan Al-Harazi, kerana tidak mengamalkan semangat kesukanan tinggi yang selalu menjadi slogan wajib pasukan kebangsaan dan kelab dalam semua perlawanan dari pelbagai kejohanan antarabangsa.

“Berdasarkan laporan awal yang dikemukakan oleh barisan pegawai dan jurulatih skuad bawah 23 tahun, kami telah memutuskan untuk menyingkirkan Mohammed Khalfan Al-Harazi daripada senarai pemain yang akan menyertai Sukan Asia 2018.

“Kami akan merujuk kepada jawatankuasa untuk mengambil prosedur yang diperlukan menurut peraturan-peraturan AFC.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diatas kesalahan pemain kami yang melanggar etika dan mengharapkan agar insiden itu tidak berulang lagi di masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Kesebelasan utama skuad UAE bawah 23 tahun ketika menentang Malaysia bawah 23 tahun semalam. FOTO: FAM

Skuad UAE berada di Kuala Lumpur sejak minggu lepas sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan Asia 2018 yang bermula pada minggu hadapan. Mereka dijangka berangkat ke Jakarta pada hari ini.

Dalam perlawanan persahabatan itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menguasai permainan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk memperoleh gol pendahuluan menerusi Safawi Rasid.

Safawi Rashid meraikan gol pembukaan bersama rakan sepasukan. FOTO: FAM

Bersambung babak kedua, UAE tampil lebih baik berbanding 45 minit pertama apabila dilihat lebih tersusun dalam setiap gerakan yang diatur sebaliknya benteng negara lebih berdisiplin mengekang serangan diatur lawan.

Minit ke-64, gerakan solo menarik daripada pemain muda berbakat, Akhyar Rashid sekali lagi menceriakan kem negara apabila tenang melakukan sentuhan penyudah untuk menggegar gawang UAE buat kali kedua lalu menjadikan keputusan memihak kepada Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN