Sebentar tadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah mempersoal kembali berkenaan isu hangat ketika ini mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Presiden Kelab Bola Sepak Kedah (KFA) iaitu Datuk Seri Sanusi Md Nor.
Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala galanya. Ini cakap main sembuh badut Mc Donald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician. https://t.co/YZjNdUjWKt
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 23, 2022
Menurut TMJ, baginda mempersoalkan siapa individu yang dimaksudkan Sanusi serta meminta penjelasan jelas sekiranya beliau mempunyai segala bukti kukuh dalam kenyataan dikeluarkan.
“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembah badut McDonald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician,” ulas TMJ di laman Twitter rasmi baginda.
Sebelum itu, Sanusi tampil untuk menegaskan pendiriannya mengenai wujud individu berkuasa dalam mengatur Liga Malaysia (Liga-M) dari belakang walaupun dinafikan oleh pelbagai pihak.
Jelas beliau lagi, perkataan ‘tokong’ itu ditekankan tanpa suka-suka setelah mengetahui wujudnya campur tangan individu tertentu untuk memberi serta mengatur pasukan yang beraksi dalam negara.
Beliau juga membuat pendedahan mengenai individu tersebut turut memberi hadiah bonus kepada pasukan lain sekiranya mereka berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA).
“Saya maksudkan ‘tokong’ itu (adalah) jangan (ada seseorang yang) terlalu supreme atau semua orang kena tanya dia (individu berkenaan). Mana boleh macam itu. Bola sepak permainan untuk semua orang,
Kena minta izin dahulu kalau nak buat itu ini (Astro Awani) pic.twitter.com/3EZvGnlMc0
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) May 23, 2022
“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu. Kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu. Lepas itu dia ’round’ pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu. Dia ingat orang tak tahu. Jangan bagi saya cerita semua,” ujarnya menerusi Astro Awani.
Disebabkan isu tersebut juga, ramai peminat bola sepak membuat spekulasi sebab mengapa Syafiq Ahmad kembali dipanggil pulang bersama kelab asalnya iaitu Johor Darul Ta’zim biarpun kontrak sebenar masih berbaki sehingga penghujung musim.
Namun Sanusi menafikan perkara tersebut dengan mengatakan apa yang dibuat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah sah berdasarkan perjanjian pinjaman sebelum itu setelah kelab tersebut memanggil semula Syafiq.