West Bromwich tewas dalam perlawanan pertama separuh akhir untuk play-off ke EPL musim hadapan. West Brom tunduk 1-2 kepada Aston Villa di Villa Park.
West Brom mendahului Dwight Gayle. Namun begitu Aston Villa mennjaringkan 2 gol pada separuh masa kedua menerusi Hourihane dan Tammy Abraham.
Kekalahan itu telah membuatkan seteru mereka Stoke City mengambil kesempatan untuk troll pasukan West Brom.
Namun tidak lama selepas itu, ciapan tweet tersebut telah dipadamkan. Ianya tidak menghalang West Brom untuk bertindak balas dengan cara agak brutal.
Twitter West Brom mengingatkan Stoke City agar sedar diri sebelum nak troll pasukan lain. Ini kerana Stoke City berada di tagga ke-16. Dan pasukan yang mereka cuba troll adalah pasukan yang berada di 4 teratas, bermain dalam play off.
Akhir sekali West Brom menyindir agar pengendali twitter Stoke City untuk fokus kepada bercuti di pantai kerana musim mereka sudah tamat.
Twitter West Brom menembak balik dengan ciapan:
Ahhh, Stoke City.
Ada beberapa sebab kenapa ianya tindakan bijak untuk memadam tweet ini ?
1) Kamu menamatkan liga di tangga ke-16
2) Kami tewaskan kamu 2 kali tahun ini
3) Kamu 25 mata di belakang kami.
4) Musim kamu sudah berakhir pada Februari
5) 46 perlawanan hanya 45 gol
6) Lagi, kamu di tangga ke-16
Pergi kembali ke pantai.
Ahhh, @stokecity.
A few reasons why it was wise to delete this tweet 🙃
1) You finished 16th.
2) We beat you twice this year.
3) You finished 25 points behind us.
4) Your season was over in Feb.
5) 46 games. Just 45 goals.
6) Again. You finished 16th.Get back to the beach 🏖 pic.twitter.com/aN7H245Ogy
— West Bromwich Albion (@WBA) May 11, 2019
Perlawanan timbal balik untuk separuh akhir play off ini akan berlangsung pada 15 Mei ini.
Pemenang akan beraksi di final untuk merebut tempat ke EPL pada musim hadapan.