Twitter Monchengladbach Kirim Pesanan Dekat Real Madrid Yang Akan Bertemu Dortmund

Minggu lalu kami ada memuat naik tentang twitter Borussia Monchegladbach yang jadi ‘gila’ kerana dibelasah oleh Borussia Dortmund.

Tweet yang mencuit hati ketika mengemaskini informasi perlawanan itu telah menarik perhatian netizen yang menganggap ia agak menghiburkan.

Anda boleh baca di sini: Twitter Monchengladbach Buatkan Netizen Tersenyum Lagi

Pada pertengahan minggu ini, Real Madrid berkunjung ke Signal Iduna Park untuk berhadapan dengan Borussia Dortmund.

Real Madrid memuatnaik status twitter menyatakan yang mereka terbang ke Dortmund untuk aksi tersebut.

Apa yang mencuit hati adalah twitter Monchengladbach yang membalas tweet tersebut dengan balasan:

“Jika anda terjumpa pertahahan kami di sana, sila majukan (forward) kepada Monchengladbach.”

Pengurus twitter mereka ‘troll’ pertahanan mereka yang hilang ketika perlawanan menentang Borussia Dortmund tempoh hari. Mereka mengibaratkan pihak mereka masih mencari pertahanan mereka yang hilang itu.

Apalah perasaan pertahanan mereka membaca ‘troll’ tersebut. Dah macam nak pesan beli air bungkus pula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN