‘Twitter’ Lyon Tuduh Pengadil Pilih Kasih Memihak PSG

Lyon menggunakan twitter rasmi mereka mempertikaikan keputusan pengadil untuk insiden yang melibatkan Neymar.

Dalam perlawanan PSG menentang Lyon minggu lalu, satu insiden di mana Neymar memijak kaki Nabil Fekir dari arah belakang.

Neymar dilihat melakukan tindak balas tidak berpuas hati (retaliation) ke atas Nabil Fekir.

Dalam perlawanan musim lalu, Nabil Fekir juga melakukan kesalahan yang serupa kepada pemain OGC Nice, Paul Baysse. Nabil Fekir telah membuat kesalahan memijak Paul Baysse yang membuatkan pemain tersebut tersadung.

Nabil dilayangkan kad merah terus oleh pengadil. Manakala, dalam perlawanan melibatkan PSG dan Lyon tempoh hari, Neymar tidak dikenakan sebarang kad disiplin.

Ini yang membuatkan pihak Lyon melabel pengadil sebagai pilih kasih (double standard). Ini adalah status yang mereka muat naik di laman twitter semalam.

Anda boleh saksikan suntingan video di bawah ini:

Lyon juga mempertikaikan insiden ini yang tidak diberikan penalti kepada mereka. Pemain mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Ramai netizen mempertikaikan profesionalisme pegawai media Lyon yang dianggap mereka sebagai tidak boleh menerima kekalahan.

Ramai juga meminta tweet ini dipadamkan kerana Lyon boleh menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik pengadil bukannya menggunakan akaun media sosial rasmi pasukan.

Ia dianggap akan mencemarkan imej pasukan kerana apa yang dinyatakan di dalam twitter rasmi sudah pastinya akan dikaitkan dengan pendirian satu pasukan.

Apa pula kata anda pembaca semuanyaBOLA, adakah anda mahu komen tentang insiden dan apa pandangan anda tentang status sebegini dimuatnaik di dalam akaun rasmi pasukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN