Kenyataan Twitter Aubameyang Mengenai Ousmane Dembele Buat Penyokong Arsenal Teruja

Ousmane Dembele akan menyertai Arsenal? Berapa jauhkah prospek kemungkinan ini akan berlaku pada jendela perpindahan berikutnya?

Segelintir penyokong Arsenal dikatakan teruja akan kemungkinan tersebut selepas satu muatnaik di laman media sosial Twitter oleh Pierre-Emerick Aubameyang yang memberi sokongan kepada pemain sayap Barcelona itu.

(Photo by Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

Bekas bintang Borussia Dortmund tersebut menjaringkan gol pertama peribadinya besama gergasi Catalan itu pada separuh masa pertama saingan UEFA Champions League (UCL) menentang Chelsea pada awal pagi tadi.

Jaringan itu kemudiannya disambut oleh Aubameyang dengan kata-kata sokongan; yang pantas membuatkan segelintir penyokong Arsenal berasa teruja.

Kedua-dua pemain pernah membentuk gandingan yang digeruni bersama Borussia Dortmund di Bundesliga, ketika Dembele beraksi pada musim 2016/17 bersama kelab Jerman tersebut.

Pada musim tersebut, Dembele menghasilkan 10 bantuan gol untuk Aubameyang; menjadikan gandingan keduanya sebagai gandingan paling prolifik dari segi bantuan gol dan jaringan di kalangan lima liga utama di Eropah.

Dembele yang tiba di Nou Camp selepas melengkapkan perpindahan kontroversi bernilai £96.8 juta daripada Dortmund sukar menampilkan impak di awal kempen akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebelum itu, bekas rakan sepasukan Aubameyang ini hanya melakukan lapan penampilan di La Liga, dan menghasilkan tiga bantuan gol untuk kelab barunya.

Pada akhir tahun lalu, terdapat laporan menyatakan Arsene Wenger berminat untuk mendapatkan khidmat Dembele; terutama setelah ketibaan Sven Mslintat yang mengendalikan urusan penjualan dan pembelian pemain tiba di Emirates.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Mslintat adalah individu yang bertanggungjawab di dalam pengendalian pertukaran pemain di antara Henrikh Mkhitaryan dan Alexis Sanches ke Manchester United pada Januari lalu.

Muat naik di Twitter oleh Aubameyang mungkin tidak membawa maksud apa-apa. Tetapi ia sudah cukup membuatkan mereka teruja dengan prospek gandingan Aubameyang-Dembele dikembalikan bersama Arsenal.

Kami kongsikan sebahagian daripada twitter penyokong-penyokong Arsenal melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN