Twitter AS Roma ‘Troll’ Akaun Rebekah Kerana Kes Bersama Coleen

Pertengkaran dan drama tuduh menuduh diantara Coleen Rooney dan Rebekah Vardy mencuri tumpuan dunia internet sejak beberapa hari yang lalu.

Tidak ketinggalan ialah akaun twitter kelab Serie A Itali, AS Roma yang sempat melakukan troll terhadap Rebekah Vardy.

Sebelum ini isteri kepada bekas penyerang England, Coleen menuduh Rebekah – isteri kepada penyerang Leicester City, Jamie Vardy – sebagai individu yang tidak bertanggungjawab kerana menjual kisahnya kepada akhbar The Sun.

Coleen mengetahui perbuatan Rebekah apabila mulai mengesyaki sesuatu, sebelum memasang perangkap – dengan menyiarkan pelbagai berita palsu di laman Instagram peribadi beliau.

Coleen juga bertindak menyekat semua pengikut Instagram yang lain kecuali Rebekah. Anehnya, berita palsu itu masih sampai kepada tabloid The Sun dan disiarkan.

Akaun Twitter AS Roma sememangnya terkenal dengan ciapan-ciapan santai. Ada kalanya ciapan kelab bola sepak di Itali ini bernada ‘troll’ – penuh dengan sarkastik ringan untuk tujuan gurau senda.

Di dalam drama Coleen-Rebekah ini, akaun twitter kelab Itali ini tidak ketinggalan untuk campur tangan di dalam situasi ini.

Apa yang telah dilakukan oleh admin AS Roma?

Secara bersahaja memuatnaik tangkap layar bahawa mereka telah menyekat akaun Rebekah di Instagram.

Ia sebagai simbolik, AS Roma juga risau Rebekah menjaja cerita mereka kepada akhbar tabloid The Sun.

Adakah ini satu tuduhan berasas dari Coleen atau hanya salah faham diantara kedua-dua isteri bekas pemain England, ia adalah satu pekara lain.

Rebekah sebelum ini menafikan beliau telah menjaja cerita kisah keluarga Rooney kepada The Sun, dan mendakwa akaun Instagram beliau telah digodam.

Malah Rebekah dilaporkan telah meminta bantuan pakar IT untuk membuktikan perkara tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN