Tunku Tun Aminah Minta Isu Pengadil Tak Diperbesarkan, Semua Pasukan Alami Perkara Sama

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah menyatakan yang perkara mengenai isu pengadil ini tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan isu.

Bercakap menlalui laman JOHOR Southern Tigers, Tun Aminah menyifatkan masalah yang dihadapi oleh setiap pasukan mengenai keputusan pengadil itu adalah normal.

“Kami tak salahkan pengadil”

Presiden JDT itu mengambil contoh ketika perlawanan Piala Sumbangsih ketika menentang Kedah di awal musim sebagai contoh.

“Ketika perlawanan Piala Sumbangsih, pemain kami S. Kunanlan telah dibuang padang. Namun adakah kami menyalahkan pengadil atau pasukan Kedah? Tidak!”

Sebaliknya kata Tun Aminah, JDT memilih untuk bertahan selepas kedudukan 1-1 untuk mengheret perlawanan pergi ke penentuan sepakan penalti.

Menurut Tun Aminah, JDT hanya bercakap mengenai kad merah yang diterima Kunanlan dan tidak pernah menuduh pasukan Kedah membeli pengadil ketika itu.

Presiden JDT itu juga mempersoalkan tindakan sestengah peminat yang sering menuduh JDT membeli pengadil.

“Kenapa apabila Kedah kalah 5-0 ditangan T-Team, ada yang berkata kami membeli pengadil?”

“Kalau JDT dituduh beli pengadil oleh kerana pengadil beri kad merah, macam mana pasukan anda boleh kalah 5-0?”

“Adakah pengadil bagi 5 penalti? Jawapannya tidak!”

Lebih baik pulang

Tun Aminah juga meminta agar peminat bola sepak di Malaysia berhenti dari “bercakap sebarangan” mengenai bola sepak Malaysia.

Presiden JDT itu juga berkata, jika mentaliti peminat bola sepak negara sebegini berterusan. Adalah lebih baik untuk kakandanya yang kini merupakan Presiden FAM untuk tidak berada lama di Kelana Jaya.

“Jika beginilah sikap sesetengah penyokong Malaysia, saya berharap semoga Abang saya (Presiden FAM) ‘jangalah terlalu lama disana’ dan kembali ke pangkuan JDT.”

Baca juga: FMLLP Benarkan Pemain Import Pindah Pasukan Pada Jendela Perpindahan Kedua

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN