Tunku Syed Razman Dipilih Sebagai Presiden Baharu PBNS

Pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kini berwajah baharu apabila kongres PBNS kali ke-86 semalam menyaksikan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dipilih sebagai Presiden PBNS yang baharu bagi tempoh 2018-2021.

Beliau menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan padu daripada ahli gabungan persatuan selepas menunjukkan minat mendalam dalam sukan bola sepak untuk menggantikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik turut menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PBNS.

Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dipilih sebagai Presiden PBNS. FOTO: Team N9FC

Tunku Syed Razman ucapannya bertekad untuk menguruskan persatuan itu sebaik mungkin terutama dalam membangun dan memajukan lagi sukan bola sepak negeri berkenaan khususnya dalam saingan Liga Malaysia musim 2019.

“Saya bersama barisan kepemimpinan baharu PBNS akan berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan persatuan ini ke arah memartabatkan lagi sukan bola sepak negeri.

“Fokus kami adalah untuk kembali meletakkan skuad Negeri Sembilan di landasan yang terbaik dan di hormati dalam persada bola sepak negara.

“Namun begitu, PBNS memerlukan sokongan padu pelbagai pihak dan saya yakin melalui kerjasama serta sokongan kerajaan negeri dan penaja, kita akan dapat mencapai apa juga yang disasarkan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Menteri Besar Aminuddin Harun berharap kepemimpinan baharu PBNS dapat memilih barisan kejurulatihan lebih baik untuk memastikan reputasi skuad utama dapat dikembalikan. Beliau turut merasmikan bas rasmi pasukan yang diserahkan oleh penaja, Matrix Concept Holdings Berhad.

Bas baharu pasukan Negeri Sembilan. FOTO: Team N9FC

Tujuh individu telah bertanding untuk Jawatan Naib Presiden PBNS namun hanya tiga terpilih iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani, pengurus skuad utama Negeri Sembilan, Datuk Mohamed Najeeb Abdullah dan Saaran Nadarajah.

Malah, bekas pemain Negeri Sembilan, Rizal Zamberi Yahya yang dicalonkan untuk Jawatankuasa Eksekutif PBNS tidak berjaya mendapatkan jawatan itu apabila 8 calon lain telah dipilih iaitu Azmi Selamat, Lai Seng Ngeap, Bachik Osman, VK Dana, Mohamad Zaki Mahussin, Mohamad Hanipah Abu Bakar, Mohd Khairollah Abd Latif dan S Kalidasan.

Barisan pengurusan PBNS yang baharu. FOTO: Team N9FC

Berikut ialah kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan:

Presiden:

Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri

Timbalan Presiden:

Dr. Razali Ab Malik

Naib Presiden:

Mohamad Taufek Abd Ghani
Datuk Mohamed Najeeb Abdullah
Saaran Nadarajah

Jawatankuasa Eksekutif:

Azmi Selamat
Lai Seng Ngeap
Bachik Osman
VK Dana
Mohamad Zaki Mahussin
Mohamad Hanipah Abu Bakar
Mohd Khairollah Abd Latif
S. Kalidasan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN