TMJ: “Apa Sebenarnya Yang Penyokong JDT Mahukan?”

Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini melalui laman JOHOR Southern Tigers (JST) telah mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada penyokong JDT.

Mesej itu diberikan kepada penyokong-penyokong JDT yang seolah-olah “tidak bersyukur dan berpuas hati”.

Henti gaduh isu kecil

TMJ jelas tidak gemar akan tindakan beberapa laman peminat tidak rasmi JDT yang dilihat seperti mahu mewujudkan perbalahan diantara para penyokong JDT.

“Kepada pemilik laman-laman tidak rasmi JDT seperti ‘JDT Troll Story’, janganlah anda ingin memecahbelahkan penyokong JDT.”

“Saya bukannya tiada maklumat yang antara anda semua ini sebenarnya ada yang berasal dari negeri lain.”

Tak bersyukur

Namun perkara utama yang TMJ mahu ceritakan adalah mengenai sikap penyokong JDT yang seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh oleh pasukan ketika ini.

“Nak pasukan kuat, kini pasukan sudah kuat.”

“Malah JDT kini sudah pun dikenali dunia, JDT sudah pun dijemput ke World Football Summit dan menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab di Eropah dan juga Asia.”

TMJ nyata menempelak sebahagian daripada penyokong JDT yang seolah-olah tidak berasa cukup dengan apa yang mereka peroleh ketika ini.

Sebagai contoh, TMJ menggunakan perisitiwa dimana penyokong JDT mengecam tindakan kelab menukar Baihakki Khaizan dengan Marcos Antonio.

Namun hasilnya Antonio berjaya memberikan 7 kejuaraan kepada JDT. Situasi yang sama juga terjadi apabila JDT menukar Pablo Aimar kepada Jorge Pereyra Diaz.

Dalam masa yang sama, TMJ juga mengecam perangai sesetengah penyokong JDT yang cepat tidak berpuas hati dengan prestasi jurulatih.

“Masa pasukan kendalian Mario Gomez tewas kepada Bengaluru, semua mahu beliau keluar.”

“Bila kelab tukarkan dengan Benjamin Mora, semua laung “In Mario We Trust”. Tetapi bila Mora beri 3 mata, semua laung nama dia pula.”

“Tapi apabila Mora gagal berikan 3 mata, penyokong mahu beliau keluar pula.”

sumber foto: JST

Selain itu, TMJ juga menempelak tindakan penyokong JDT yang selalu merasakan ada sahaja yang tidak kena dengan pasukan.

“Bila pasukan sudah mendahului dengan 4-0. Penyokong ‘boo’ pasukan mahu pasukan jaringkan 7-0.”

Bila pemain cedera, marah jurulatih kenapa tak beri mereka peluang bermain. Apa sebenarnya yang penyokong JDT ni mahu?”

TMJ jelas mahukan penyokong JDT berasa syukur dan terima apa yang pasukan sudah sediakan.

Hal ini jelas baginda, terdapat penyokong pasukan lain yang mengharapkan pasukan mereka mempunyai sistem dan pengurusan yang cemerlang seperti JDT.

Jangan cari salah

Dalam masa yang sama, TMJ juga tidak mahu penyokong JDT mencari kesalahan masing-masing.

Hal ini merujuk kepada chant dari Boys of Straits (B.O.S) yang kami siarkan tempoh hari yang memerli penyokong JDT.

“B.O.S cari kesalahan penyokong, penyokong cari kesalahan B.O.S.”

“Penyokong cari kesalahan pengurusan, salah stadium dan macam-macam lagi. Sampai bila nak cari salah orang?”

Tonton: VIDEO: Chant Boys Of Straits Yang Perli Penyokong JDT

TMJ juga meminta agar penyokong-penyokong JDT terus berdoa agar pasukan JDT akan terus berjaya dan bukan hanya mengutuk pasukan di laman sosial.

Ingatlah kehidupan bukan setakat dalam media sosial. Daripada hendak salahkan orang lain, adalah lebih baik kita membetulkan diri kita terlebih dahulu.”

Di akhir tulisan, TMJ memberikan 3 pesan kepada penyokong JDT.

“Pertama kita harus bersyukur. Kedua adalah bersatu dan ketiga adalah beri sumbangan untuk kukuhkan empayar JDT.”

“Tidak kisah dari negeri mana atau negara mana. Belajarlah dari kejatuhan Empayar Rom.”

“Mereka tumbang bukan kerana ada empayar yang lebih hebat dari mereka. Tetapi dari perpecahan dari dalam empayar mereka sendiri.”

Didik diri anda sendiri dan sentiasa rasa bersyukur. Kekal positif.”

Baca juga: Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN