Tunku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini telah menerima jemputan dari kelab Chelsea untuk menyaksikan aksi kejohanan pra-musim iaitu International Champions Cup (ICC).
Jemputan itu hadir bersempena aksi ICC yang akan diadakan di National Stadium di Singapura yang akan dilangsungkan pada 25 Julai 2017.
Pada tarikh tersebut, perlawanan melibatkan Chelsea dan jaguh Jerman iaitu Bayern Munich akan diadakan.
Jemputan ini nyata memberikan anjakan kepada pasukan JDT dan juga TMJ yang mempunyai misi iaitu mahu memperkenalkan jenama JDT di mata dunia.
Bagi JDT, jemputan ini memberikan lebih peluang buat JDT untuk berkerjasama dengan Chelsea dalam program pembangunan bola sepak di masa akan datang.
“Ini adalah satu inisiatif bagi kedua-dua pihak untuk merapatkan hubungan antara Kelab Chelsea dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi projek-projek pembangunan bola sepak pada masa akan datang.”
Chelsea merupakan 1 diantara pelbagai kelab yang telah mempunyai hubungan baik dengan pasukan JDT.
Sebelum ini kelab seperti Borrusia Dortmund, Valencia dan Hokkaido Consadole Sapporo turut pernah menjalin hubungan dengan JDT.