Tunku Mahkota Johor menegaskan baginda mencabar kerusi presiden FAM atas dasar kerana rakyat Malaysia.
Tunku Mahkota Johor mengatakan walaupun ramai yang mengatakan FAM itu merupakan organisasi yang korup namun begitu baginda tetapi mahu masuk ke dalam FAM kerana satu perkara:
“FAM adalah organisasi yang baik, tetapi diuruskan oleh orang yang salah.”
Dalam status terkini baginda di laman JOHOR Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor mengatakan FAM memerlukan pemimpin sejati untuk yang sedia berkhidmat untuk bola sepak demi rakyat Malaysia.
“Mereka perlu terus berkhidmat untuk rakyat demi bola sepak dan bukannya biarkan FAM diurus oleh mereka yang lapar akan kuasa dan berpura-pura berkhidmat untuk rakyat demi kepentingan peribadi.”
Belum bersedia
TMJ dalam masa yang sama belum lagi mahu untuk memberitahu perancangan TMJ sekiranya dipilih sebagai presiden FAM.
Hal ini kerana, TMJ tahu akhirnya beliau akan tewas kerana semua pihak akan memilih lawannya Tan Sri Annuar Musa sebagai pemenang.
“Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.”
Namun begitu, TMJ lebih gemar untuk bertindak berbanding hanya berkata-kata. Dan TMJ akan lakukan apa sahaja demi meningkatkan organisasi FAM.
Perpaduan adalah kunci
TMJ juga menegaskan perpaduan adalah teras kepada kejayaan sesebuah organisasi tersebut.
Tanpa perpaduan, maka akan sukar bola sepak untuk berjaya kerana TMJ tidak boleh melakukannya dengan sendiri.
Dalam masa yang sama, TMJ juga menegaskan perkara pertama yang baginda akan lakukan adalah untuk membersihkan FAM terlebih dahulu.
“Kita boleh berangan untuk ke Piala Dunia, tetapi perkara pertama yang perlu kita buat adalah membersihkan dahulu orgasnisasi.”
“FAM diuruskan oleh ahli gabungan, jadi ahli gabungan perlulah dari kalangan yang mencintai bola sepak.”
“Ideanya adalah agar ahli-ahli gabungan bangkit dan mula bekerja keras bermula dengan kelab mereka sendiri. Kedua, mereka perlu kembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat.”
TMJ sekali lagi tegaskan tidak akan memberitahu perancangan baginda untuk FAM. Tetapi klunya adalah baginda tidak akan memerlukan masa yang lama untuk melakukannya.
Dalam masa yang sama, TMJ juga memberitahu baginda akan ke Kuala Lumpur dan baginda memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memberikan pendapat mereka mengenai bola sepak Malaysia.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput semua peminat bola sepak di seluruh negara datang berjumpa dengan saya dan bertanya apa sahaja yang anda mahukan kepada saya.”
“Mereka berpeluang untuk menyuarakan kekecewaan mereka ketika ini, ataupun apa sahaja yang mereka mahukan dan saya akan memberikan pandangan saya dan jalan penyelesaiannya.”
Baca juga: Sandro & Liridon Bergaduh Dengan Kejurulatihan Kecergasan Kedah?