Tunku Ismail Beri Bayangan Tentang CEO Baharu FAM

Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampil dengan pendedahan baharu mengenai ciri-ciri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Umum mengetahui, Tunku Ismail antara individu yang kini sedang berusaha untuk memperbaiki kembali struktur bola sepak di Malaysia dengan beberapa perubahan giat dijalankan.

Berkat usaha baginda yang sebelum ini berjaya menaikkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di mata Asia dan dunia, kepakaran Tunku Ismail kini dicurahkan pula buat bola sepak Harimau Malaya.

Antara dilakukan ialah memperkenalkan dua jurulatih baharu negara iaitu Peter Cklamovski untuk pasukan senior negara, serta Nafuzi Zain yang akan mengemudi skuad bawah 23 (B-23) Malaysia.

Terkini, baginda turut menyatakan persiapan baharu mengenai CEO Harimau Malaya sambil berkongsikan mengenai ciri-ciri individu tersebut sebelum diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi.

Ujar Tunku Ismail, ciri-ciri penting CEO baharu Malaysia perlu memiliki pengetahuan dan memahami selok belok bola sepak profesional daripada pelbagai aspek.

“Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola sepak.

“Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.

“Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya.

“Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bola sepak Malaysia,” jelas baginda di media sosial X.

Sudah tentu kini para peminat bola sepak Harimau Malaya sendiri tidak sabar untuk mengetahui status terbaharu CEO Malaysia yang dijangka memainkan peranan penting untuk mengubah landskap bola sepak negara.

Pengaruh dimiliki Tunku Ismail juga sudah tentu akan terus ditagih untuk terus mengembangkan lagi perjalanan bola sepak Malaysia yang tidak akan terus tersekat di Asia Tenggara sahaja.

Bagaimana pandangan anda mengenai ciri bakal CEO baharu Harimau Malaya yang akan diperkenalkan nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN