Tunggakan Cukai Sandro, Liridon Tertinggi Hingga Cecah RM4 Juta

Sandro da Silva Liridon Krasniqi Kedah tunggakan cukai LHDN

Tunggakan cukai gandingan Sandro da Silva dan Liridon Krasniqi adalah yang tertinggi daripada keseluruhan RM10.4 juta yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Menurut Presiden KFA yang juga merupakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor, tunggakan cukai yang dituntut LHDN ke atas Sandro berjumlah RM2.3 juta, manakala Liridon pula RM1.78 juta.

Tambahnya lagi, walaupun didapati pemotongan gaji terhadap pemain telah dibuat pengurusan KFA terdahulu, namun tiada pembayaran dibuat kepada pihak LHDN dalam tempoh enam tahun iaitu sejak 2014.

Pada awalnya, hasil pemeriksaan pihak LHDN sejak 2016, terdapat tunggakan sebanyak RM3.4 juta, namun selepas penelitian semula, dua tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2014 dan 2015, ia menjadi RM10.4 juta.

Berkata Sanusi kepada Utusan, “Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan RM935,000, Ken Ilso (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000).”

“Tuntutan tunggakan cukai itu turut melibatkan barisan jurulatih import antaranya Ian Gillan dan Stefano Impagliazzo,” katanya yang ditemui media selepas berakhir Sidang DUN Kedah pada Khamis lalu.

“Sepatutnya kalau ada tunggakan pada 2018 atau 2017, tuntutlah pada tahun itu juga tetapi mereka kata pada masa itu pengurusan KFA lama tidak memberi kerjasama. Sekarang bila pengurusan baharu beri kerjasama, maka mereka datang longgok semua atas ‘kepala’ kita,” jelas Sanusi lagi mengenai isu tersebut.

“Kalau macam itu, teruklah kita kerana KFA bukan badan membuat keuntungan. Tunggakan ini berlaku pada masa lalu, tak bolehlah kutip sekarang. Justeru saya berunding dengan LHDN untuk memohon hapus kira di atas kegagalan mereka membuat kutipan pada masa lalu,” tegasnya lanjut tentang perkara itu.

Semakan mendapati, musim 2014 adalah musim pertama Kedah dibawah pengurusan dan Presiden baharu iaitu bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang dilantik pada Julai 2013.

Beliau dilantik selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) KFA menggantikan bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meletak jawatan disebabkan masalah kesihatan pada Jun tahun yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN