Tun M Setuju Malaysia Ambil Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya

Isu naturalisasi pemain terus menjadi isu menarik dalam beberapa hari kebelakangan ini. Terbaru, Perdana Menteri Malaysia turut memberikan pandangan beliau akan hal ini.

Dipetik daripada sumber Utusan Online, Tun Mahathir menyatakan sekarang ini mana-mana negara di dunia pun akan mengambil pemain naturalisasi untuk menguatkan pasukan mereka.

Pandangan Tun M ternyata berbeza sekali dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang kurang bersetuju dengan idea pengambilan pemain naturalisasi.

Syed Saddiq mencabar FAM dan KBS sendiri untuk cuba menghasilkan pemain berkualiti dengan fokus kepada program akar umbi.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir pula berkata:

“Sekarang semua pasukan bola sepak mengambil pemain daripada mana-mana negara sebab itu, kita nampak banyak orang putih yang hitam.”

Tun M walaubagaimanapun berharap kalau mengambil pemain naturalisasi, hendaklah ada anak tempatan dalam kesebelasan utama, jangan 11 orang semua pemain naturalisasi.

Ini kerana menurut beliau, bakat-bakat tempatan di negara kita berhak diberikan peluang bermain untuk negara.

FOTO: Facebook FAM

Sebelum ini Presiden FAM Datuk Hamidin Mohamad Amin juga mengakui langkah untuk mengambil pemain naturalisasi adalah langkah yang agak baik untuk membantu menaikkan kualiti skuad Malaysia.

Ramai penyokong Malaysia kini terbuka untuk menerima idea naturalisasi ini. Hal ini selepas skuad Malaysia dilihat tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan dengan generasi pemain yang ada pada hari ini.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda setuju dengan idea pemain naturalisasi untuk Harimau Malaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN