Tumpukan Bakat Muda Dari Akar Umbi Mampu Pulihkan Harimau Malaya

Wan Jamak Wan Hassan selaku jurulatih berpengalaman negara memberi pendapat akan peminat bola sepak Malaysia lebih mahukan kejayaan sekelip mata, sedangkan perkara utama perlu dilihat dan diberi tumpuan adalah pembangunan pemain muda di peringkat akar umbi demi projek kejayaan jangka panjang.

Selain itu, jurulatih berkenaan juga mempersoalkan sama ada pengganti Tan Cheng Hoe mampu atau tidak untuk menjelmakan magis yang dapat mengubah landskap bola sepak Malaysia dalam sekelip mata jika diberi mandat.

“Bagi saya, jurulatih tempatan atau luar negara jika dalam waktu terdekat ini, tiada buruk dan tiada juga baiknya. Kita pernah ambil jurulatih luar sebelum ini tetapi gagal dan kita tendang dia juga, desak dia berhenti.”

Tambah beliau dengan tegas, ”sama saja bagi saya, kalau jurulatih luar negara atau tempatan sekalipun jika pemainnya adalah muka itu juga, pasti Malaysia akan ulangi perkara sama.”

Wan Jamak berkata demikian setelah diminta untuk mengulas akan pemergian Cheng Hoe yang meletak jawatan daripada kerusi kejurulatihan skuad negara pada Isnin lalu.

Jelas beliau lagi, penekanan kepada pembangunan akar umbi sangat penting buat ketika ini untuk membangunkan generasi baharu yang lebih bersedia dan berkualiti untuk mewakili skuad negara pada suatu hari nanti sambil menafikan diri menyalahkan mana-mana pemain atau jurulatih kini.

“Buat masa ini, siapa sahaja yang turun naik, letak jawatan pun tiada banyak beza. Namun langkah yang diambil Cheng Hoe adalah berani, saya juga pernah alami situasi yang sama.”

Ulas beliau lebih lanjut,”menjadi adat dan ia berlaku di mana negara sekalipun jika pasukan gagal jurulatih akan meletak jawatan. Cuma diharap penggantinya kali ini mampu membuat perubahan.”

Akhir sekali beliau turut berkata,”bukan sahaja sekarang tetapi untuk kejayaan jangka masa panjang dengan dibantu semua pihak.”

Untuk rekod, Malaysia mengalami tamparan besar pada saingan Piala AFF 2020 dengan sekadar beraksi di peringkat kumpulan dan tidak layak untuk melangkah ke separuh akhir.

Lebih memalukan, pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Malaysia menutup tirai dengan kekalahan besar di tangan pasukan Indonesia dengan keputusan 1-4.

Persembahan longlai tersebut nyata mendapat pelbagai maklum balas daripada peminat bola sepak negara dan akhirnya Tan Cheng Hoe meletak jawatan setelah beliau dilihat gagal untuk melepasi sasaran yang diletakkan FAM.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN