‘Tukar Jurulatih Macam Tukar Selipar’ – Penyokong Anggap Pengurusan Sri Pahang Yang Bodoh Mentadbir Pasukan

Sri Pahang Gamel Dollah

Sri Pahang telah pun mengesahkan penyingkiran ketua jurulatih Christophe Gamel dan memilih Dollah Salleh sebagai pengganti selain mengumumkan pelantikan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad sebagai pengarah teknikal yang baharu.

Ia seolah-olah merupakan ‘acara wajib’ setiap tahun buat pasukan dari pantai timur berkenaan dan individu yang sama juga berkali-kali ditagih khidmatnya untuk menjadi pengendali ‘bidan terjun’ setelah kononnya prestasi semasa pasukan ‘kurang memberangsangkan’.

Lantas ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong yang bingung dan terkejut apabila formula yang sama digunakan kononnya untuk penyelesaian jangka masa pendek.

Ia jelas menunjukkan pengurusan Sri Pahang akan sentiasa menjadikan ketua jurulatih sebagai ‘kambing hitam’ untuk dimangsakan. Sedangkan dalam sukan bola sepak, kegagalan pasukan tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas satu pihak sahaja.

Jika satu musim prestasi pasukan tidak memuaskan mungkin kita boleh beranggapan jurulatih yang dilantik tidak cukup kompeten dan berwibawa, tetapi dalam kes Sri Pahang ini, sudah bermusim-musim skrip yang sama sahaja terus berulang.

Hakikatnya para penyokong bukanlah mahu melihat keputusan semata-mata, sebaliknya mereka mahu ketua jurulatih diberi ruang dan peluang yang cukup untuk membentuk pasukan berdasarkan falsafah, taktikal dan gaya permainannya berbekalkan pemain-pemain terbaik.

Mereka lihat sendiri bagaimana Gamel telah bertungkus lumus untuk memperbaiki dan menutup segala kelemahan pasukan. Malah ada beberapa keputusan perlawanan yang tidak memihak kepadanya disebabkan kesilapan pengadil. Tetapi akhirnya menjadi mangsa kepada ‘kerakusan’ pihak pengurusan.

Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memastikan fasiliti pasukan berada dalam keadaan baik?

Siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan keluar masuk pemain pada setiap musim dan membuat rundingan kontrak dengan ejen jika ada pemain dengan prestasi cemerlang mahu dikekalkan?

Siapakah yang sepatutnya memantau perkembangan pemain-pemain muda berbakat besar yang boleh ‘dinaikkan pangkat’ ke skuad utama, sekaligus melahirkan bintang masa depan pasukan?

Siapakah yang memantau diet dan nutrisi setiap pemain agar mereka berupaya mencapai tahap kecergasan pemain agar mampu bersedia 100 peratus untuk diturunkan selama 90 minit pada setiap perlawanan dan menghasilkan keputusan positif?

Siapa pula yang sebenarnya bertanggungjawab membawa masuk pemain import ‘cap ayam’ yang dibayar dengan gaji lumayan tetapi tidak dapat diturunkan dengan kerap atas alasan kecederaan atau masalah kecergasan.

Akhirnya pemain-pemain import terpaksa ‘dilepaskan’ pada pertengahan musim kerana gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan atau sekadar ‘makan gaji buta’. Kemudian ambil pula pemain import baharu yang entah apa hasilnya.

Adakah ini semua salah ketua jurulatih? Atau sebenarnya lebih tepat untuk kita mengatakan Sri Pahang ini diuruskan oleh golongan yang bodoh mentadbir?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN