Tugas Sukar Menanti Skuad The Bos Gaurus Di Larkin

Pertemuan dua pasukan teratas Liga Super di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini pasti menjadi tumpuan oleh para peminat bola sepak tempatan.

Bagi pengendali pasukan Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan anak buahnya bakal berdepan tugas sukar bertemu juara liga super 4 kali itu.

Bercakap kepada Berita Harian, Mehmet memberi jaminan barisannya akan cuba melakukan yang terbaik dan berharap mereka mengambil semangat Pahang yang membuktikan Harimau Selatan bukan kebal di laman sendiri apabila menang 3-0 dalam saingan suku akhir kedua Piala FA, 20 April lalu.

“Umum tahu JDT adalah pasukan terbaik, miliki pemain tempatan dan import terbaik serta struktur pengurusan terbaik.

“Malah mereka baru saja mendapat khidmat pemain import berwibawa (Fernando Marquez) bagi memperkasakan lagi pasukan.

“Bagaimanapun, kami tetap akan mencuba sedaya upaya memberi cabaran kepada mereka,” kata Durakovic.

Mehmet Durakovic memerhatikan sesi latihan pemainnya di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah semalam. FOTO: PAFA

Perak dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik dan Durakovic berharap anak buahnya akan berjuang dengan semangat kental serta mempamer permainan mantap.

“Pemain bermain mantap ketika bertemu PKNP FC apabila bangkit selepas ketinggalan 3-1. Saya berharap ia mampu dijelmakan lagi malam ini. ” katanya.

Pertembungan antara JDT dan Perak sentiasa sengit dan berlangsung dengan suasana penuh kontroversi.

Musim lalu Perak tumpas 1-2 akibat jaringan kontroversi tuan rumah dengan Durakovic mendakwa gol itu dijaringkan dari posisi ofsaid tetapi tetap dibenarkan pengadil.

Selepas 12 perlawanan Liga Super, Perak kini hanya ketinggalan 6 mata di belakang JDT dan kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan itu akan merapatkan jurang di antara pendahulu liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN